Polis mengenal pasti punca sebenar pergaduhan di antara penyokong JDT dan Perak di Stadium Perak pada malam Sabtu selepas tamatnya perlawanan Liga Super adalah berpunca daripada tindakan provokasi di antara kedua-dua pihak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pada awalnya perlawanan selama 90 minit itu berlangsung dengan lancar.
Katanya, bagaimanapun, selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers', penyokong kedua-dua pasukan terus melaungkan kata-kata provokasi dan kesat diiringi paluan gendang.
"Selepas itu bermula caci-maki antara penyokong diikuti balingan objek seperti botol minuman dan mercun yang menyebabkan mereka terus bergaduh di tempat penyokong selama beberapa minit sebelum dileraikan pihak polis.
"Selepas itu, pintu pagar di hadapan penyokong JDT dibuka untuk mengasingkan penyokong JDT dengan penyokong Perak.
"Bagaimanapun, terdapat beberapa penyokong JDT menyerbu masuk padang dan telah bertindak agresif dengan merosakkan papan iklan di tepi padang selain mengambil kembali botol minuman, batu, serpihan kerusi dan mula melontarkan ke arah penyokong Perak," katanya dalam satu kenyataan media pada malam Ahad.
Sum berkata, penyokong Perak di tempat duduk penonton turut membalas tindakan dengan membaling objek tersebut ke arah penyokong JDT yang berada di dalam padang.
Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu pihak polis turut membuat tangkapan terhadap dua penyokong JDT yang membawa masuk suar ke dalam stadium.
Tambahnya, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.
"Pihak polis berjaya mengawal keadaan di dalam padang dalam tempoh 30 minit. Penonton berjaya disuraikan dan diarah meninggalkan stadium pada jam 12.30 malam.
"Pemain dan penyokong JDT telah diiringi dengan MPV polis ke hotel penginapan dan lebuh raya pada jam 1 pagi.
Sum berkata pihak polis mengingatkan mana-mana pihak yang mempunyai gambar dan video mengenai insiden tersebut agar dapat menyalurkan kepada pihak polis untuk membantu dalam siasatan lanjut.
Sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku malam tadi.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Aug 07 2016
Sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan. - Foto Bernama
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Jurugambar kesal difitnah berhubung pergaduhan penyokong Perak-JDT
Jurugambar Supian Ahmad yang dibelasah penyokong bola sepak selepas perlawanan Liga Super Perak dan JDT di Stadium Perak pada Sabtu, kesal kerana dilempar dengan pelbagai tuduhan.
Kekecohan penyokong JDT, Perak berpunca dari provokasi - Polis
Polis mengenal pasti punca sebenar pergaduhan di antara penyokong JDT dan Perak di Stadium Perak pada malam Sabtu adalah berpunca daripada tindakan provokasi.
Tiga, termasuk petugas media, cedera selepas perlawanan Perak-JDT
Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.