ISKANDAR PUTERI: Kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran di negeri ini disifatkan belum mencapai tahap kritikal sebaliknya keadaan itu disebabkan peningkatan permintaan di Melaka dan Negeri Sembilan serta eksport ke Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata Johor adalah antara pengeluar telur terbesar di negara ini.
"Isu telur di Johor kita sebenarnya tidak menghadapi kekurangan kritikal. Bekalan memang kurang tetapi tidak kritikal sebab Johor merupakan antara pengeluar telur terbesar juga (dalam negara).
"Cuma kita maklum kebanyakan dieksport ke Singapura dan dipasarkan ke negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sebab itu nampak kekurangan. Tetapi dari segi pengeluaran, tidaklah berkurangan, cuma permintaan lebih sebab perlu juga penuhi eksport," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap itu berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan usahawan tani memaklumkan bekalan makanan melibatkan hasil laut dan tanaman mencukupi walaupun berlaku pengurangan kutipan hasil khususnya akibat musim tengkujuh bulan lepas.
"Berdasarkan maklumat, memang terdapat kekurangan pendaratan ikan disebabkan beberapa faktor seperti nelayan kurang turun ke laut, tetapi mengikut rekod permintaan musim tengkujuh lepas, bekalan sedia ada mencukupi.
"Situasi sama turut melibatkan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, kerana ada beberapa kawasan penanaman terjejas akibat hujan lebat, namun tidak menjejaskan permintaan bekalan ketika ini," katanya.
Dalam pada itu, Zahari berkata pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu bagi membincangkan isu-isu berkaitan pertanian di Johor dalam masa terdekat.
"Saya sedang merancang pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyatakan hala tuju pertanian kerajaan Johor kerana bidang pertanian merupakan antara sektor eksport utama negeri.
"Johor juga perlu kerjasama pusat bagi menjayakan pelbagai inisiatif yang telah dirancang seperti agenda makanan Johor dan juga lembah lada hitam. Jadi kami berharap pertemuan itu dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan dan keterjaminan bekalan makanan bukan sahaja untuk Johor, tetapi juga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Johor adalah antara pengeluar telur terbesar di negara ini. - Gambar hiasan/ Pixabay

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.

TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Kekurangan bekalan telur di Johor kerana pasaran luar, eksport
Kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran disifatkan belum mencapai tahap kritikal sebaliknya keadaan itu disebabkan peningkatan permintaan di Melaka dan N. Sembilan serta eksport ke Singapura.

Enam projek baharu bakal dibangunkan di Bio Desaru tahun depan libatkan pelaburan RM792 juta
Ia adalah antara usaha kerajaan negeri dalam mencapai matlamat Johor sebagai Bakul Makanan Malaysia.