awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
02/05/2024
23:20 MYT
Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly
Menurut Dr Dzulkefly, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kekurangan jururawat diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dalam menangani isu ini, beliau berkata, antara lain, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
"Saya menyokong hasil (kerjasama) daripada pihak swasta untuk sama-sama kita membangunkan bukan sahaja fasiliti-fasiliti kesihatan tetapi (juga) sumber manusia.
"Kita boleh bina hospital (secara fizikal) tetapi yang mustahaknya juga adalah kakitangan itu, bukan hanya doktor dan pakar tetapi juga sama penting, jururawat itu sendiri. Mutakhir kita mengalami kekurangan jururawat yang kritikal," katanya dalam sidang media selepas perasmian KL International Hospital Sdn Bhd yang mempunyai kemudahan 624 katil di KL Wellness City Gallery, di sini, pada Khamis.
Pada majlis itu, beliau menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara KL Wellness City dengan enam kolej dan universiti melibatkan tajaan biasiswa bernilai RM25 juta untuk pendidikan kejururawatan di Malaysia.
Institusi terlibat ialah Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Kolej Perubatan Antarabangsa (IMC), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist, Kolej Universiti Lincoln (LUC) dan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekurangan jururawat
#jururawat di Malaysia
#fasiliti kesihatan
#Dr Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan