KOTA KINABALU: Sabah kini membenarkan pengoperasian premis kelab malam dan karaoke berlesen mulai 14 Mei ini dengan tiga ketetapan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertama, tari-menari adalah tidak dibenarkan sepanjang berada dalam premis.
Manakala, tambah Masidi, individu yang memasuki kelab malam dan karaoke juga hendaklah lengkap divaksin dan menerima dos penggalak.
"Selain itu, pemeriksaan mengenai tahap risiko dan imbasan MySejahtera adalah diwajibkan sebelum memasuki kelab malam atau karaoke," katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.
Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata sebanyak 78 kes baharu dilaporkan pada hari ini iaitu peningkatan sebanyak 21 kes berbanding semalam.
Menurutnya, pertambahan jumlah jangkitan yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti sambutan perayaan mula menepati ramalan awal.
"Sebanyak 12 daerah mencatatkan pertambahan jangkitan baharu berbanding sembilan daerah yang merekodkan penurunan kes.
"Kota Kinabalu dengan 21 kes dan Papar 16 kes merupakan dua daerah di negeri ini yang mencatatkan jangkitan baharu dua angka," katanya.
Tambah beliau, angka jangkitan harian di Kota Kinabalu dan dan daerah-daerah sekitar bandaraya di jangka kekal tinggi atau bertambah sehingga minggu pertama bulan Jun.
Eleanor Michelle Patrick
Fri May 13 2022

Sabah membenarkan pengoperasian kelab malam dan karaoke dengan tiga ketetapan SOP ketat.

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Rasuah | Pegawai JAKOA mengaku tidak bersalah
Seorang penolong pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300 pada Januari.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun
Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.

Kelab malam, karaoke dibenarkan di Sabah mulai esok tetapi tari-menari tidak boleh
Sabah kini membenarkan pengoperasian premis kelab malam dan karaoke berlesen mulai 14 Mei ini dengan tiga ketetapan prosedur operasi standard (SOP).