awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand

Bernama
Bernama
05/11/2024
15:06 MYT
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata projek ini amat diperlukan untuk membanteras jenayah penyeludupan serta mengatasi masalah banjir. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata projek ini amat diperlukan untuk membanteras jenayah penyeludupan serta mengatasi masalah banjir.
"Walaupun pihak berkuasa menjalankan kawalan ketat di sempadan, kewujudan banyak pangkalan haram menyukarkan usaha penguatkuasaan," katanya kepada pemberita selepas Kongres Antarabangsa Rafflesia Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata pemilikan tanah individu di kawasan berdekatan sempadan menambah kesukaran dalam mengekang aktiviti penyeludupan.
Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mencadangkan pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Sementara itu, mengulas mengenai Rafflesia yang semakin diancam kepupusan di Kelantan, Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri telah mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Lojing, Gua Musang untuk tujuan pemuliharaan sejak 2011, melibatkan spesies Kerri, Cantleyi dan Sumeiae.
"Rafflesia adalah khazanah alam yang memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk memajukan lagi industri pelancongan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
"Pada 2022, kerajaan negeri secara rasmi mengumumkan kawasan itu sebagai Taman Pemuliharaan Rafflesia," katanya sambil menekankan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong kajian penyelidikan pemuliharaan bunga itu dan ekosistem sekitarnya.
Beliau berkata sebagai negeri yang memiliki banyak khazanah alam seperti hutan dan sungai, masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan termasuk ke atas bunga parasit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#bina tembok
#sempadan Malaysia-Thailand
#Mohamed Fadzli Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan