awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan bimbang kadar pengambilan dos penggalak rendah

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
25/03/2022
01:45 MYT
Kelantan bimbang kadar pengambilan dos penggalak rendah
Keadaan ini, kata Dr Izani, boleh mendorong peningkatan kes secara mendadak apabila fasa endemik dilalui nanti. -Astro AWANI
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melahirkan kebimbangan dengan kadar pengambilan dos penggalak yang rendah dalam kalangan rakyatnya.
Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin turut kecewa apabila program imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa.
Keadaan ini, kata Dr Izani, boleh mendorong peningkatan kes secara mendadak apabila fasa endemik dilalui nanti.
"Memandangkan rakyat Kelantan menerima vaksin paling rendah, booster paling rendah, ada juga kebimbangan apabila buka negeri kepada endemik, maka rakyat bebas.
"Kalau SOP tak jaga, tambahan vaksin tak ada, saya bimbang takut penularan kes jadi tinggi dan juga kes jadi serius... kita bimbang kemasukan ke hospital tinggi," kata Dr Izani.
Tambahnya, kurang sambutan PICKids antara lain disebabkan kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa.
Ujar beliau, lebih membimbangkan, ibu bapa sendiri tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan.
Jabatan Kesihatan Kelantan sudah melaksanakan pelbagai kempen bagi meningkatkan tahap kesedaran dan keyakinan ibu bapa mengenai keberkesanan serta manfaat vaksin.
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#PICKids
#Izani Husin
#fasa endemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan