awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan catat 586 kes kemalangan sepanjang Op Selamat 20

Bernama
Bernama
30/04/2023
21:20 MYT
Kelantan catat 586 kes kemalangan sepanjang Op Selamat 20
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata jumlah kes berkenaan berkurangan sebanyak 112 kes berbanding Op Selamat 18 pada tahun lepas iaitu sebanyak 698 kes. - Foto fail/BERNAMA
GUA MUSANG: Polis Kelantan merekodkan sebanyak 586 kes kemalangan dalam Op Selamat 20 bermula 20 hingga 27 April sempena Aidilfitri ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata jumlah kes berkenaan berkurangan sebanyak 112 kes berbanding Op Selamat 18 pada tahun lepas iaitu sebanyak 698 kes.
Beliau turut menyatakan rasa berpuas hati dengan perancangan dan tindakan yang dibuat pihaknya sepanjang operasi berkenaan berlangsung.
"Kita mencapai sasaran kerana dapat menurunkan semua kes kecuali kematian," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Community Policing Ketua Polis Kelantan Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini pada Ahad.
Muhamad Zaki berkata bagaimanapun, berlaku peningkatan kes kemalangan maut sepanjang lapan hari operasi itu dijalankan.
"Jumlah kes kemalangan maut mencatatkan 14 kes dengan 14 kematian berbanding hanya sembilan kes pada tahun lepas," katanya.
Sementara itu, beliau berkata isu kelancaran trafik dalam kalangan perantau yang pulang ke Kelantan berikutan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi memberi laluan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU), turut dapat diatasi sempena cuti sambutan Aidilfitri.
"Dalam apa pun keadaan (situasi) masalah jalan raya yang dialami di Gua Musang yang menggusarkan masyarakat, kita dapat mengatasinya. Ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak yang turut sama membantu mengatasi masalah kesesakan jalan raya sempena musim perayaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat 20
#Kelantan
#Aidilfitri
#kes kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan