awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan catat 808 kematian akibat COVID-19 setakat September - Exco

Bernama
Bernama
02/12/2021
05:35 MYT
Kelantan catat 808 kematian akibat COVID-19 setakat September - Exco
Di jajahan Kota Bharu sebanyak 221 kematian direkodkan, Pasir Mas (111), Pasir Puteh (102), Tumpat (89) dan Bachok (80).- Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Sebanyak 808 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan di Kelantan sejak Mac 2020 sehingga September lepas, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dimaklumkan, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Izani Husin berkata di jajahan Kota Bharu sebanyak 221 kematian direkodkan, Pasir Mas (111), Pasir Puteh (102), Tumpat (89) dan Bachok (80).
Katanya, Gua Musang pula merekodkan sebanyak 58 kematian, Tanah Merah (56), Kuala Krai (37), Jeli (29) dan Machang (25).
"Kerajaan negeri akan menyalurkan sebanyak RM1,500 menerusi insentif pengurusan jenazah COVID-19 kepada waris atau keluarga. Jumlah keseluruhan tuntutan adalah membabitkan nilai RM630,000.
"Setakat ini, kerajaan negeri telah melunaskan bayaran berjumlah RM406,000 membabitkan 271 kematian dan yang belum dibayar adalah sebanyak RM223,000 membabitkan 149 kematian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli DUN Limbongan Mohd Nazlan Mohamed mengenai jumlah keseluruhan kematian disebabkan COVID-19 di Kelantan sejak Mac 2020 sehingga 30 Sept 2021 dan insentif pengurusan jenazah COVID1-19 yang telah disampaikan oleh kerajaan negeri kepada keluarga waris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumlah kematian di Kelantan
#COVID-19
#Kota Bharu
#Dr Izani Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan