KETIADAAN penyerang sejati disifatkan punca Kelantan FC gagal menyerlah ketika berdepan Kelantan United dalam perlawanan timbal balik suku akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Itu yang dirumuskan pengendali The Red Warriors (TRW), Angel Alfredo Vera ketika para pemain mudanya tewas 0-4 sekali gus agregat 0-11 selepas kalah 0-7 kepada The Green Deers dalam aksi pertama pada 18 September lalu.
Jelasnya, situasi itu juga menyebabkan TRW tidak mempunyai pasukan terbaik untuk bersaing secara kompetitif dalam baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Menurutnya, kelompongan itu begitu memberikan kesan kepada pasukan yang dibarisi kebanyakan pemain muda dalam menterjemahkan setiap percubaan menjadikan bentuk jaringan.
"Barisan pemain muda Kelantan FC yang menggalas cabaran baki saingan musim ini masih belum cukup matang serta kurang keberanian dan kurang efektif dalam berkomunikasi antara mereka di padang.
"Ya, kami juga menyedari masalah ini, namun perlu meneruskan saingan Liga Malaysia dengan semua kudrat yang dimiliki pasukan Kelantan FC pada ketika ini.
"Malah, kami juga tidak boleh terlalu banyak alasan atau sebagainya sebaliknya kudrat pemain muda ini perlu diberikan lebih pendedahan bagi dapatkan pengalaman untuk kami seimbangkan ketika berdepan pasukan lain ketika kami juga tidak mempunyai pilihan ramai pemain," katanya.
Dalam pada itu pengendali kelahiran Argentina berusia 51 tahun itu yang pernah bermain di posisi pertahanan bersama beberapa kelab termasuk kelab Indonesia, Persekap Pasuruan, PSAP Sigli, PSS Sleman dan PSDS Deli Serdang menganggap penyertaan TRW dalam baki saingan Liga-M musim ini sebagai pentas pendedahan kepada para pemain muda.
"Pengalaman kami perolehi dalam Liga Malaysia musim ini diharap dapat membentuk asas kepada usaha memantapkan persiapan pasukan bagi tampil lebih kompetitif musim depan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023
Antara aksi Kelantan United menentang Kelantan FC dalam perlawanan timbal balik kedua Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Foto Facebook Kelantan United
Suspek larikan kereta di stesen minyak ditahan di Bentong
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam satu pesanan secara ringkas pada Rabu.
Pencuri kereta pegang bahu sambil jerit 'kau diam' - Pesara guru
Napisah berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan tanpa diduga, apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba memasuki kenderaan dan melarikannya.
Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar
Kesedaran awal mampu membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna berkenaan alam sekitar sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan.
Polis buka dua kertas siasatan kes gaduh di Jelutong
Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi Isnin lepas di perkampungan Jalan Perak, Jelutong, di sini.
Sesi debat Sunak, Starmer hangatkan pilihan raya 4 Julai ini
Perdana Menteri Rishi Sunak dan pencabarnya dari Parti Buruh Keir Starmer bertentang mata satu lawan satu dalam membahaskan tentang langkah meningkatkan ekonomi Britain.
Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit
Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.
Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air
Ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.
[TERKINI] Pegawai JAIPS, Imam ditahan bantu siasatan salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa urusan pendaftaran pernikahan di luar negara.
Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini
Rakyat Melaka dan pemastautin di negeri itu berpeluang masuk percuma ke destinasi pelancongan di Melaka sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam bermula 24 Ogos hingga 31 Dis ini.
Kerja-kerja penyelengaraan bermula hari ini
Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah dimulakan pada jam 9:00 Rabu mengikut jadual seperti yang dimaklumkan pada 13 Mei 2024.
Menerusi sebuah hantar di platform X, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja penyelengaraan dijangka siap pada jam 7:00 malam Rabu dan para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3:00 pagi Khamis.
Menerusi sebuah hantar di platform X, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja penyelengaraan dijangka siap pada jam 7:00 malam Rabu dan para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3:00 pagi Khamis.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.