Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi memudahkan rakyat negeri itu merayakan hari kebesaran berkenaan.

Perisytiharan itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob melalui laman Facebook beliau pagi ini.

"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing, Insya-Allah," tulisnya.

Kelantan


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan selepas dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidil Fitri pada Khamis 8 Ogos ini.