awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan perlu mahkamah khas laksana Hudud - Timbalan MB

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2013
11:37 MYT
Kelantan perlu mahkamah khas  laksana Hudud - Timbalan MB
Jika sebelum ini Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad menyatakan negeri itu sudah boleh melaksanakan hukum Hudud kerana telah mempunyai prasarana yang mencukupi, hari ini kerajaan negeri mempunyai pandangan berlainan berhubung perkara tersebut.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, untuk melaksanakan undang-undang Hudud, Kelantan perlu mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan undang-undang itu.
"Mungkin dalam bulan Disember atau Januari tahun depan kita akan adakan perbincangan lagi membabitkan pakar perundangan dan hakim-hakim serta pengamal undang-undang tentang apa yang perlu dibuat kerajaan negeri sebagai pelaksanaan awal terhadap pelaksanaan Hudud," kata Mohd Amar kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan sempena penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah Air Asia Bhd dari Kota Kinabalu ke Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
Mohd Amar berkata, kerajaan negeri perlu menilai pelbagai perkara terutama bagi mengelakkan pertembungan dengan pelbagai halangan terutama berkaitan aspek-aspek perundangan.
Jawatankuasa teknikal menurutnya sudah empat kali mengadakan perbincangan cuma mesyuarat penuh belum diadakan lagi.
Pada Rabu lepas, Daud dilaporkan berkata Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang Hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.
Dalam laporan akhbar pada Sabtu lalu, Daud berkata kerajaan PAS Kelantan akan menanggung dosa sekiranya tidak melaksanakan hukum Hudud yang telah dijanjikan parti itu dalam Pilihan Raya Umum 1990 selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang pada 1993 meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Islam itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Daud Muhammad
#Ketua Hakim Syarie Kelantan
#Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan