awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan perlu RM7b selesai masalah bekalan air - Timbalan MB

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/05/2022
02:10 MYT
Kelantan perlu RM7b selesai masalah bekalan air - Timbalan MB
Mohd Amar (kanan) mendakwa, pertikaian politik dengan kerajaan persekutuan menjadi punca Kelantan tercicir daripada menerima peruntukan untuk mengatasi masalah bekalan air. - Gambar fail/Facebook Dato' Nik Amar
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menganggarkan ia memerlukan sekitar RM7 bilion untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Menurut Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, peruntukan itu bagi menukar sistem paip lama melibatkan jarak 5,000 kilometer, serta pembinaan loji baharu.
Beliau mengakui, kerajaan negeri sudah berusaha bagi mengatasi masalah bekalan air bersih selama 30 tahun.
Namun, dakwanya, pertikaian politik dengan kerajaan persekutuan menjadi punca negeri itu tercicir daripada menerima peruntukan.
Ini termasuk isu pembatalan projek air Kelantan Utara bernilai RM600 juta pada 1990.
"Dan sekarang ini, keperluan kita RM7 bilion untuk memulihkan isu air di Kelantan, dengan tukar paip, apa semua sekali, kita tak dapat.
"Sedangkan, masa itu, Pulau Pinang dapat RM2 bilion sehingga siap Empangan Mengkuang Penang dan tak ada masalah air sekarang ini.
"Selepas itu, isu migrasi. Peruntukan yang sepatutnya sampai, tak sampai. Ada banyak isu. Saya ada rekod semuanya. Kena faham, di Malaysia ini, tak ada satu negeri yang boleh selesaikan masalah air secara sendirian," katanya di sini semalam.
Mohd Amar berkata, kerajaan Kelantan tidak mampu mengatasi masalah air tanpa bantuan kerajaan persekutuan.
Justeru, beliau berharap, kerajaan persekutuan dapat memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan