awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan rekod lebih 4,000 kes glaukoma tahun lepas

Bernama
Bernama
14/04/2025
20:30 MYT
Kelantan rekod lebih 4,000 kes glaukoma tahun lepas
Dr Zaini berharap rakyat di Kelantan mempunyai kesedaran untuk mengesan penyakit ini sekiranya mata berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit, sekali gus dapat mencegahnya daripada menjadi buta. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan 4,069 kes membabitkan penyakit glaukoma pada tahun lepas, kata Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 3,767 kes dilaporkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, manakala 302 kes pula di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
"JKNK ketika ini mempunyai dua doktor pakar glaukoma yang perlu mengendalikan pesakit di HRPZ II dan HSIP.
"Pada tahun lepas, lebih 4,000 pesakit menerima rawatan di klinik glaukoma dan 101 pembedahan penyakit itu berjaya dijalankan di hospital berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan, Panji, di sini, pada Isnin.
Dr Zaini berkata, beliau berharap rakyat di Kelantan mempunyai kesedaran untuk mengesan penyakit ini sekiranya mata berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit, sekali gus dapat mencegahnya daripada menjadi buta.
"Pemeriksaan mata secara berkala adalah langkah pertama yang sangat penting dalam pencegahan dan pengesanan awal penyakit ini.
"Kita juga perlu memastikan masyarakat terus mendapat akses kepada maklumat yang tepat mengenai simptom-simptom glaukoma dan rawatannya," katanya.
Sementara itu, pesakit glaukoma yang juga seorang anggota bomba Saiful Bahari Abdul Wahab, 53, berkata beliau mula menghidap penyakit itu pada tahun 2019 selepas mengalami kesakitan pada mata kanan.
"Sepanjang tempoh itu, saya menjalani beberapa rawatan sehinggalah mata sebelah kanan saya dibedah pada 1 Jan lepas bagi mengelakkan ia daripada buta.
"Saya harap rakyat di Kelantan terutama berusia 40 tahun ke atas supaya sentiasa membuat pemeriksaan mata untuk memastikan keadaan mata kita sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#glaukoma
#doktor pakar
#langkah pertama
#tidak selesa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan