GUA MUSANG: Negeri Kelantan merekodkan sejarah baharu apabila memiliki ladang durian Musang King terbesar di negara ini yang berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, ladang milik Sindiyan Plantation Sdn Bhd (Sindiyan) itu dilihat mampu membawa nama Kelantan di pentas luar negara terutama Asia sebagai pengeluar utama Musang King pada masa hadapan.
Menurutnya, Musang King berasal dari Kelantan dan rakyat mengenalinya sebagai Raja Kunyit.
"Kita rancang dengan Sindiyan untuk buat agropelancongan di sini. Tempatnya sangat cantik dan mungkin satu masa nanti orang Kelantan dan rakyat Malaysia boleh datang ke sini untuk menikmati apa sahaja yang berasal dari durian.
"Durian segar, kuih-kuih diperbuat daripada durian, aiskrim durian dan minuman perasa durian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’ kepada pihak Sindiyan yang dinobatkan sebagai ladang durian Musang King terbesar di Malaysia di Tanah Tinggi Lojing, pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd, Datuk Anna Teo berkata, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
Katanya, sejak tahun 2016 pihaknya sudah memulakan pelbagai kaedah untuk menanam dan akhirnya berjaya mengembangkan tanaman berkenaan.
"Memang ini rancangan kita sebab kebanyakan orang bekerja di Kuala Lumpur atau di luar negara, mereka tidak pernah makan durian di bawah pokok.
"Kita mahu membawa mereka datang ke sini untuk makan durian bersama keluarga mereka dan makan dalam suasana yang memang selesa.
"Sekarang kita mahu menamakan durian kita Lojing, Kelantan kerana cuaca panas dan segala yang membantu mendapatkan kualiti yang bertaraf dunia," katanya.
Tambahnya, usahasama Ladang Sindiyan dan Syarikat Hernan Corporation Sdn Bhd juga menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun.
Katanya, sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, syarikat itu telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di luar negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Muhafandi Muhamad
Fri Sep 15 2023
Mohamed Fadzli (kiri) ketika Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records kepada pihak Sindiyan yang dinobatkan sebagai ladang durian Musang King terbesar di Malaysia. - Gambar Astro AWANI
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar
Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.
Banjir Baling: Kelulusan ladang hutan di Gunung Inas era BN, tebang balak 2018
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan yang ditanam durian musang king terbabit dipercayai dilakukan penebangan balak antara tahun 2018 dan 2019.
Banjir Baling: SPRM cari unsur rasuah, salah laku dalam projek ladang durian di Gunung Inas
Ia adalah langkah awal suruhanjaya itu untuk mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kesalahan di bawah bidang kuasanya.
Banjir Baling: SPRM siasat projek musang king
Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, setakat ini tiada mana-mana individu atau pihak yang tampil membuat laporan rasmi kepada SPRM.
Banjir Baling: Laporan EIA ladang hutan dilulus setelah langkah pencegahan mencukupi
Langkah pencegahan, mitigasi dan kawalan pencemaran adalah mencukup di kawasan terbabit.
Banjir Baling: Dakwaan tanaman durian jadi punca, Ahli Parlimen desak projek dihenti
Penduduk di kawasan sekitar telah menghantar memorandum bantahan projek itu kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
SPRM kaji dokumen kes pencerobohan tanah ladang durian di Raub
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata dokumen yang diperolehi pegawainya itu datang daripada Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Pejabat Hutan Daerah Raub dan Pejabat Renjer Raub.
SPRM nafi panggil 50 pekebun siasat isu ceroboh tanah kerajaan Pahang
Pada 1 Ogos, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di tanah kerajaan negeri.
Ceritalah ASEAN - Memburu durian: Bagaimana permintaan Raja Buah membabitkan isu rampasan tanah
Menyahut permintaan dari negara berpopulasi besar seperti China meninggalkan impak yang besar terhadap alam sekitar dan nasib suku kaum minoriti.