awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir

Bernama
Bernama
21/03/2023
07:20 MYT
Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Ahmad berkata bantuan kepada sebahagian lagi mangsa banjir yang belum menerimanya akan disalurkan dalam masa terdekat. - Gambar/ FB Dato' Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata daripada jumlah itu, bantuan sebanyak RM12.3 juta diberikan kepada mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), RM9.1 juta untuk mangsa yang tidak berpindah dan RM30,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia akibat banjir.
"Untuk makluman, kerajaan Persekutuan menyalurkan RM50 juta kepada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Oleh itu, pejabat PPNK ICU JPM telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pasca Banjir MTL 2022/2023 baru-baru ini bersama ketua-ketua jajahan (pengerusi peringkat jajahan) untuk mendapatkan senarai mangsa banjir yang berpindah dan tidak berpindah bagi menyalurkan bantuan terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Rodzi Ja'afar (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata bantuan kepada sebahagian lagi mangsa banjir yang belum menerimanya akan disalurkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) tentang perbezaaan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ahmad berkata Kelantan masih menjalinkan hubungan baik apabila beberapa program dapat dilaksanakan secara bersama.
"Antaranya program melibatkan beberapa pucuk pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninjau banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini.
"Selain itu, saya turut terlibat dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mempengerusikan bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Khas Kelantan Bil.1/2023," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#bantuan mangsa banjir
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan