Kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan akan mempertingkatkan lagi kerjasama dalam usaha memerangi penagihan dan pengedaran pil kuda di negeri itu yang dilaporkan tertinggi di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata selain soal dadah dan pil kuda, isu keselamatan sempadan, jenayah dan yang melibatkan pemulihan banduan turut disentuh dalam pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pagi tadi.
“(Antara dibincangkan ialah) Isu keselamatan seperti membina sempadan kekal atau tembok antara Malaysia dan Thailand, serta soal Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), di mana Kelantan menghadapi masalah pil kuda tertinggi di Malaysia.
"Kami sudah berbincang dengan AADK dan MB supaya mewujudkan program bersama,” kata Ahmad Zahid kepada media selepas pertemuan tersebut yang turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan ketua-ketua agensi keselamatan, termasuk Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad dan Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad.
Menurut Ahmad Zahid, isu keselamatan di sempadan yang dibincangkan adalah susulan arahan kerajaan Thailand yang dikuatkuasakan dua hari lalu, melarang rakyat sama ada dari Thailand atau Malaysia, yang tidak mempunyai dokumen, menyeberang secara haram.
Beliau uang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan negeri turut diminta melaksanakan program berbentuk agama serta menerapkan pendekatan keagamaan dengan lebih berkesan, dalam menangani gejala penagihan dan pengedaran pil kuda di negeri itu.
Katanya kerajaan pusat juga sudah mengenal pasti sebuah pusat pemulihan kelolaan kerajaan negeri yang boleh dijadikan sebagai pusat rawatan, melalui bimbingan dan bantuan kerajaan persekutuan.
Untuk itu kerajaan negeri juga diminta mempertingkatkan kerjasama antara agensi persekutuan yang melibatkan AADK, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), polis dan sebagainya, dalam usaha memerangi pil kuda di Kelantan.
Ahmad Zahid menjelaskan, perkara terakhir yang disentuh dalam pertemuan hampir satu jam di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu, ialah mengenai rawatan pemulihan kepada banduan yang berada di Penjara Pengkalan Chepa.
Pendekatan agama akan digunakan dalam pemulihan ke atas banduan di penjara berkenaan yang mana ia juga memerlukan kerjasama dari kerajaan negeri.
Sementara itu, Ahmad berkata beliau menyambut baik usaha kerajaan persekutuan yang membuka pintu kerjasama dalam membantu Kelantan menangani isu berkenaan.
"Kita akan memberi kerjasama. Contohnya kita ada Inabah di Pasir Puteh, dan kita bersedia untuk membantu di penjara bagi tujuan pemulihan, kerana kita ada halaqah dan guru tahfiz,” kata Ahmad Yakob.
Muhafandi Muhamad
Mon Jun 05 2017
Ahmad Zahid (kanan) membuat pertemuan tertutup ke atas Ahmad (kiri) di Kota Darul Naim hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah). --fotoBERNAMA
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.
'Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15' - Tajuddin
Perdana Menteri ibarat 'umpan' buat Barisan Nasional untuk menghadapi PRU15.
Laporan risikan: Peguam Ahmad Zahid akan buat laporan polis
Laporan itu akan dikemukakan oleh peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Hisham Teh Poh Teik.
Perbicaraan Ahmad Zahid: RM1.3 juta adalah sumbangan kepada persatuan bola - Peguam
Persatuan bola tersebut pada November 2015, menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat membayar gaji pemain.
BN syorkan sidang Parlimen disegerakan, seru PM hormati titah Agong
Prinsip Keluhuran Perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang.
Pemikiran setiap pemimpin, akar umbi UMNO perlu senada - Zahid Hamidi
Jelasnya, pemikiran yang saksama ini penting bagi mengelakkan berlakunya percanggahan atau kekeliruan ketika sebarang kenyataan dikeluarkan.
PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat - Zahid Hamidi
Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Himpunan 812: Zahid bakal bertemu Hadi di Kelab Sultan Sulaiman
Ahli Parlimen Bgan Datuk itu dijangka bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kelab Sultan Sulaiman sebelum kedua-dua mereka berarak ke Jalan Raja.
Kepimpinan baharu UMNO tak kuat, ahli jadi goyang - Anwar Ibrahim
Anwar melihat apa yang berlaku terhadap UMNO menyerlahkan kelemahan kepimpinan baharu yang tidak kuat untuk membawa wajah baharu UMNO.
Letak jawatan kalau mereka ahli parlimen bermaruah - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kesemua ahli parlimen berkenaan harus sedar bahawa mereka bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).