awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Jiwa SME 2025: Lebih 3,000 meriahkan Ipoh, Pentagon Math juara ‘Pentas Jual’
MALAYSIA
Bil elektrik lebih terperinci, pecahan caj bantu pelanggan fahami penggunaan tenaga
MALAYSIA
Lebih 42,000 tag VEP kenderaan Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

"Kelaparan yang tidak pernah dilihat sebelum ini" cengkam Gaza, UNRWA beri amaran

Bernama
Bernama
08/05/2025
14:55 MYT
"Kelaparan yang tidak pernah dilihat sebelum ini" cengkam Gaza, UNRWA beri amaran
Konflik itu telah memusnahkan perkhidmatan penting dan saluran bekalan, menyebabkan ratusan ribu berisiko kebuluran kerana bantuan kemanusiaan ke enklaf itu dihentikan oleh Israel sejak 2 Mac. - Gambar fail/AP
GENEVA: Kelaparan di Gaza telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran pada Khamis, menyifatkan keadaan itu sebagai "kelaparan yang tidak pernah dilihat sebelum ini", lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • UNRWA memberi amaran bahawa Gaza kini menghadapi kelaparan yang teruk dan luar biasa akibat sekatan dan konflik berterusan.
  • Israel menghentikan bantuan sejak 2 Mac, menyebabkan ratusan ribu penduduk Gaza berisiko kebuluran.
  • Israel berdepan tuduhan jenayah perang dan genosid di ICC dan ICJ atas serangan yang mengorbankan lebih 52,600 orang sejak 7 Okt 2023.

"Gaza telah menjadi tanah terdesak," menurut UNRWA di X, ketika krisis kemanusiaan terus meruncing di bawah pengepungan dan permusuhan yang berterusan.
Agensi itu menggesa tindakan segera, mendesak semua pihak untuk menarik balik sekatan, membenarkan aliran bekalan kemanusiaan tanpa had, dan meneruskan gencatan senjata. Ia juga mengulangi tuntutan untuk membebaskan tebusan.
"Kelaparan di Gaza sedang merebak dan semakin mendalam, ia adalah disengajakan dan buatan manusia," menurut agensi itu.
Konflik itu telah memusnahkan perkhidmatan penting dan saluran bekalan, menyebabkan ratusan ribu berisiko kebuluran kerana bantuan kemanusiaan ke enklaf itu dihentikan oleh Israel sejak 2 Mac.
Tentera Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang kejam ke atas Gaza, membunuh lebih 52,600 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November lalu terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berikutan serangannya terhadap wilayah tersebut.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kelaparan
#Gaza
#UNRWA
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami