awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelewatan pengambilalihan tanah jejas projek Persekutuan di Kelantan - KSN

Bernama
Bernama
01/01/2025
11:45 MYT
Kelewatan pengambilalihan tanah jejas projek Persekutuan di Kelantan - KSN
Shamsul Azri (kanan) menyatakan sesuatu kepada mangsa banjir Daud Mohamad, 61, (dua, kanan) sempena Program Agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 2 hari ini. -Bernama
KOTA BHARU: Isu kelewatan proses pengambilalihan tanah dikenal pasti antara faktor projek yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan di Kelantan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Ringkasan AI
  • Kelewatan pengambilalihan tanah dan isu utiliti seperti elektrik dan sistem perpaipan dikenal pasti sebagai faktor utama projek di Kelantan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Kekangan lain termasuk kegagalan merancang untuk memasuki tapak, namun masalah ini masih terkawal dan boleh ditangani melalui kerjasama antara agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
  • Reformasi perkhidmatan awam perlu disegerakan dengan mengambil kira cabaran pascanormal yang ditandai oleh kerumitan, kekacauan, dan percanggahan, untuk memastikan penjawat awam dilengkapi kemahiran, nilai, dan etika kerja terbaik.

Beliau berkata kerajaan negeri secara prinsipnya perlu memastikan tanah untuk tapak pembinaan telah diselesaikan apabila sesuatu projek diluluskan.
"Masalahnya sekarang bila projek dah diluluskan tanah belum diselesaikan, jadi kita kena buat pengambilan tanah dan proses mengambil tanah inilah yang akan mengambil masa yang lama.
"Pada masa yang sama kita kena selesaikan juga isu utiliti termasuk elektrik dan sistem perpaipan... ini juga akan mengambil masa," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN bersama Anggota Perkhidmatan Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Shamsul Azri berkata kekangan lain yang turut menyumbang kepada kelewatan projek ialah berkaitan kegagalan merancang untuk memasuki tapak.
Bagaimanapun, katanya masalah berkenaan masih terkawal dan boleh ditangani melalui kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan sekali gus memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sementara itu, beliau berkata reformasi perkhidmatan awam di Malaysia perlu disegerakan dengan mengambil kira cabaran pascanormal yang ditandai oleh 3C iaitu Complexity (Kerumitan), Chaos (Kekacauan) dan Contradiction (Percanggahan).
"Sebagai sebuah negara menuju matlamat berpendapatan tinggi, reformasi sektor awam perlu memastikan penjawat awam yang berprestasi tinggi dilengkapi kemahiran, nilai dan etika kerja terbaik.
"Perkhidmatan awam mestilah berpaksikan kepada people-centric atau berpaksikan rakyat dengan menambah baik kecekapan, menggalakkan inovasi, dan mengukuhkan ekosistem tatakelola," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Azri Abu Bakar
#KSN
#kerajaan Persekutuan
#Kelewatan pengambilalihan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan