LABUAN: Kekurangan bekalan gula di pulau bebas cukai kini disebabkan oleh kelewatan penghantaran dan kurang bekalan barang keperluan itu bagi memenuhi permintaan tempatan.
Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Labuan mengingatkan pengguna dan peniaga tentang kemungkinan masalah itu bertambah teruk, ketika agensi itu berusaha mengawal peningkatan harga gula secara 'senyap', selain berdepan dengan kenaikan kos makanan.
Pengarahnya Junaidah Arbain berkata walaupun pemborong di sini sentiasa mengimport gula pada jumlah maksimum bagi memenuhi permintaan penduduk tempatan, namun sering kali bekalan yang diterima kurang daripada kuantiti yang diminta.
Beliau berkata KPDNHEP telah meluluskan lesen sembilan pemborong untuk mengimport gula ke pulau itu daripada dua pembekal utama di Semenanjung iaitu Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam, Selangor dan Malayan Sugar Refinery (MSM) Perlis serta Johor.
Labuan mengalami kekurangan bekalan gula sejak tahun lepas dengan peniaga, pasar raya dan pasar raya besar telah diingatkan supaya mengawal dalam pembelian gula.
Junaidah berkata pulau bebas cukai itu memerlukan sekurang-kurangnya 120 tan metrik gula sebulan untuk keperluan kira-kira 110,000 penduduknya, bagaimanapun bekalan bulanan diterima daripada dua pembekal berkenaan tidak mencukupi dan diburukkan lagi dengan kelewatan penghantaran import gula.
Menurutnya kapasiti tempat penyimpanan gula di sembilan kedai pemborong tidak digunakan sepenuhnya disebabkan kekurangan bekalan daripada pembekal.
"Bagi mengatasi kesan kekurangan yang teruk ini, kami membenarkan pemborong mendapatkan bekalan dari Sabah bagi memenuhi permintaan domestik yang meningkat," katanya.
Beliau berkata empat kedai pemborong mampu memuatkan 100 tan metrik gula, manakala yang lain antara 10 dan 50 tan metrik.
Junaidah turut mengingatkan pengguna supaya mengehadkan dan mengelakkan pembelian panik, selain pada masa sama meminta peniaga tidak menyorokkan bekalan gula menyebabkan berlaku kekurangan yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, seorang peniaga Maimunah Osman, 48, berkata gangguan bekalan gula seperti tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan mereka dalam keadaan hampir kehabisan barang tersebut.
"Saya terpaksa menghentikan operasi perniagaan beberapa hari kerana tidak mendapat bekalan gula yang mencukupi untuk perniagaan kek saya," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Walaupun pemborong di sini sentiasa mengimport gula pada jumlah maksimum bagi memenuhi permintaan penduduk tempatan, namun sering kali bekalan yang diterima kurang daripada kuantiti yang diminta. - Gambar hiasan
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Sempena Hari Pekerja, PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 April 2024.
Labuan terima bekalan gula selepas masalah kekurangan lebih seminggu
Sebanyak 9,800 kg gula diterima daripada pemborong di Sabah iaitu Chung Kwong, Sandakan dan Keluarga Timur Kota Kinabalu pagi ini.
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan dijangka selesai selewat-lewatnya Rabu ini dengan kemasukan bekalan sebanyak 118.90 metrik tan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Armizan
Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.
Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara
Tindakan Thailand yang mula mengawal eksport gula mentah tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia.
Pengeluar gula perlu hantar laporan harian kepada KPDN - Salahuddin
Ia bagi memastikan faktor bekalan gula di negara ini berada dalam keadaan terjamin selain memastikan situasi di pasaran tidak terjejas.
KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.
KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.
Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula
Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut.
Ops Manis: KPDN periksa 116 premis di Kelantan, Terengganu
KPDN memeriksa 116 premis di Kelantan serta Terengganu menerusi Ops Manis hari ini dan tiada kes kegagalan pematuhan undang-undang yang menyebabkan gangguan bekalan gula direkodkan.