awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar

Bernama
Bernama
23/01/2025
20:00 MYT
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
KUALA LUMPUR: Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh, kata ahli majlis Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM), Harvindar Singh.
Beliau berkata, pendekatan ini juga telah memudahkan dan memberikan golongan peniaga kecil masa tambahan untuk proses peralihan ke sistem tersebut.
"Setiap transaksi mesti disertakan dengan e-invois. Anda boleh meneruskan perniagaan seperti biasa, tetapi menjelang akhir bulan, anda perlu menyerahkan invois yang disatukan dalam tempoh tujuh hari," kata Harvindar.
Beliau berkongsi pandangan ini sebagai tetamu di program The Nation terbitan Bernama TV semasa perbincangan mengenai "Perubahan Utama dalam Percukaian untuk 2025" pada Khamis.
Kerajaan sebelum ini bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos, 2024.
Sistem e-invois ialah platform digital yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperkemas dan meningkatkan proses invois untuk perniagaan.
Ia mewajibkan perniagaan menjana dan menyerahkan invois secara elektronik, memastikan pematuhan terhadap peraturan cukai dan meningkatkan kecekapan dalam pelaporan dan kutipan cukai.
Dalam pada itu, Harvindar mengakui, terdapat cabaran dan isu awal untuk ditangani tetapi menyatakan keyakinan tentang kemajuan yang dicapai.
"Terdapat banyak aplikasi sedang dibangunkan, dan saya memahami kebimbangan mereka terutamanya yang mungkin mendapati proses peralihan ini agak membimbangkan.
"Bagaimanapun, saya percaya dari semasa ke semasa mereka akan menyedari bahawa sistem ini boleh diurus," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem e-Invois Malaysia
#Chartered Tax Institute of Malaysia
#Harvindar Singh
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan