awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelonggaran SOP ikut negeri: Kerajaan kaji data COVID-19 - Hamzah

Bernama
Bernama
02/07/2021
11:17 MYT
Kelonggaran SOP ikut negeri: Kerajaan kaji data COVID-19 - Hamzah
Hamzah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Ismail Sabri menerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara sebelum diumumkan. - Gambar fail
SUBANG JAYA: Kerajaan akan membuat kajian data berhubung kes COVID-19 seluruh negara, bagi mempertimbangkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara, di negeri-negeri yang akan ditentukan kelak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara sebelum ia diumumkan.
"Ia dijangka diumumkan esok...daripada data itu kami dapat menunjukkan negeri mana yang boleh dicadangkan, diberi kelonggaran.
"Cadangan ini bertujuan memberikan sedikit kebebasan serta kelegaan...purata kes nasional yang datangnya daripada Selangor, mengakibatkan rakyat rasa terhimpit dengan masalah yang ada," katanya pada sidang media selepas mengetuai Operasi Patuh (Op Patuh) secara besar-besaran hari ini.
Dalam pada itu, Hamzah berkata Op Patuh besar-besaran bermula hari ini menyaksikan aset Polis Diraja Malaysia seperti dron serta helikopter, mula dikerah di sesetengah kawasan bagi memastikan SOP dipatuhi.
"Hari ini kita nampak operasi diadakan secara bersepadu dan ia berbeza di kawasan lain, namun fokusnya adalah di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, data perincian operasi akan diterima malam ini dan esok saya akan mengumumkannya," katanya.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) Datuk Mastor Mohd Arif.
Pada operasi itu, sebuah kilang pemesinan dan fabrikasi keluli struktur baja di sini diserbu, setelah didapati melanggar SOP kerana beroperasi, sedangkan ia bukan sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelonggaran sop
#negeri kurang kes
#Selangor
#Perlis
#Kedah
#fasa satu
#PPN
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan