KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menasihatkan masyarakat supaya kekal melakukan kawalan kendiri bagi mengelakkan dijangkiti wabak COVID-19.
Ismail Sabri berkata kawalan kendiri tetap perlu dilakukan dalam suasana penuh kemeriahan dan kegembiraan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan kesihatan diri sendiri serta masyarakat sekeliling sentiasa dalam keadaan baik.
"Di dalam bangunan masih lagi memakai pelitup muka, diwajibkan, tetapi di luar bangunan di kawasan terbuka seperti ini (masjid) tidak lagi memakai pelitup muka," katanya.
Ismail Sabri juga menzahirkan rasa puas hati beliau terhadap sikap berhati-hati dan amalan kendiri orang ramai dalam mencegah jangkitan COVID-19.
"Tetapi saya lihat sewaktu saya datang tadi, ramai yang berjalan kaki ke masjid ini, masih lagi memakai pelitup muka. Bermakna rakyat masih lagi berhati-hati. Menjaga dan mengawal kendiri untuk kesihatan diri, anak dan keluarga masing-masing.
"Jadi alhamdulillah. Kita walaupun diberi kebebasan, tidak terlalu terbuka, bebas dan masih lagi berhati-hati, alhamdulillah," katanya ketika ditemui sebelum pulang dari Masjid Wilayah Persekutuan di sini selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk sekali lagi mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam.
Pada 27 April, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan beberapa kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa 1 Mei antaranya pemakaian pelitup muka di luar bangunan akan menjadi pilihan bukan lagi satu kewajipan selain tidak wajib mengimbas aplikasi MySejahtera untuk memasuki premis.
Kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 di negara ini adalah selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tiba di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri hari ini. -- fotoBERNAMA
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Kes COVID-19 meningkat, Agong nasihatkan rakyat disiplin kawalan kendiri
Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri berikutan peningkatan kes.
COVID-19: Amalkan kawalan kendiri - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menasihatkan rakyat supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Kelonggaran SOP: PM nasihat orang ramai terus berhati-hati
Kawalan kendiri tetap perlu dilakukan bagi memastikan kesihatan diri sendiri serta masyarakat sekeliling sentiasa dalam keadaan baik.
Banjir: Jangan ambil mudah, rakyat Kelantan perlu patuh arahan pihak berkuasa - MB
Ahmad Yakob berkata situasi sedemikian tidak boleh diambil mudah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pemerkasaan komuniti penting dalam peralihan pandemik kepada endemik - Annuar Musa
Pemerkasaan komuniti dari aspek kawalan kendiri terhadap pematuhan SOP bagi mencegah jangkitan COVID-19 merupakan perkara penting dalam suasana peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik.
Jangan leka, amal kawalan kendiri - Muhyiddin
Rakyat Malaysia dinasihati supaya mengamalkan kawalan kendiri serta tidak leka dan alpa walaupun telah dibenarkan rentas negeri bermula hari ini.
Rentas negeri, ziarah raya punca kluster terbesar daerah Hulu Terengganu
Pada mulanya 19 individu daripada dua keluarga dikesan positif, namun penularan terus berlaku hingga menjangkiti rakan sekerja dan jemaah masjid.
Duduk rumah, beri ruang KKM kurangkan pesakit khususnya di ICU - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal untuk kuarantin diri dan kawalan kendiri di rumah bagi tempoh dua minggu.
PKP: Penjaja minta kerajaan pertimbang kebenaran operasi pasar malam
GPPPKMM berkata pihaknya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membolehkan pendapatan terus dijana dalam tempoh sukar ini.