MALAYSIA
Keluarga Beng Hock tolak permohonan maaf SPRM
Lee Lan (kiri) bercakap pada sidang media keluarga mendiang Beng Hock yang menolak permohonan maaf Azam berhubung insiden 16 tahun lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menolak permohonan maaf Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung insiden 16 tahun lalu.
Adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan, 45, berkata, permohonan maaf itu tidak menggambarkan keikhlasan apabila tiada seorang pegawai suruhanjaya yang bertanggungjawab atas kematian abangnya.
"Hasrat SPRM untuk memberikan sumbangan ihsan kepada keluarga, khususnya bagi anak mendiang sebagai tanda keprihatinan adalah tindakan memalukan keluarga.
“Andai beliau (Azam) rasa nyawa boleh dibeli dengan duit, maka serahkan ‘nyawa’ lima pegawai SPRM dinamakan sebelum ini yang perlu bertanggungjawab atas kematian Beng Hock dan kami akan beri sumbangan ihsan kepada SPRM semula serta kemukakan permohonan maaf," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Lee Lan berkata, adakah ia munasabah, kerana kenyataan Azam itu (sumbangan ihsan) menunjukkan bahawa nyawa boleh dibeli dengan wang.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Azam yang menzahirkan permohonan maaf dan simpati terhadap penderitaan ditanggung keluarga Beng Hock.
Permohonan maaf itu dikemukakan pada hari ulang tahun ke-16 kematian Beng Hock, yang juga Setiausaha Politik kepada Exco Selangor ketika itu, Ean Yong Hian Wah.
Azam dilaporkan berkata, SPRM bersedia memberi sejumlah sumbangan ihsan kepada keluarga, khususnya bagi anak mendiang sebagai tanda keprihatinan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi, Ng Yap Hwa turut menyifatkan permohonan maaf terbabit tidak ikhlas dan tanpa sebarang penyesalan.
"Kita juga tidak bersetuju dengan sumbangan ihsan ditawarkan SPRM, sebaliknya mahu individu bertanggungjawab atas kematian demi menegakkan keadilan buat keluarganya," katanya.
Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas disoal siasat semalaman oleh SPRM.
Mahkamah Rayuan pada 2014 memutuskan kematiannya disebabkan perbuatan satu atau lebih individu yang tidak dikenali ketika dalam tahanan SPRM.
Mei lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kertas siasatan kes kematian Beng Hock diklasifikasi sebagai 'Tiada Tindakan Lanjut' (NFA) selepas Pejabat Peguam Negara meneliti keseluruhan keterangan dalam kertas siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.
Siasatan semula kes berkenaan dibuat susulan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November tahun lalu supaya siasatan dilengkapkan dalam tempoh enam bulan. - Sinar Harian