MALAYSIA
16 tahun tragedi Teoh Beng Hock, SPRM ambil langkah penambahbaikan - Azam

Azam berkata berkata dengan mengambil iktibar tragedi kematian Teoh Beng Hock pada 16 tahun lepas, SPRM komited untuk memperbaiki kelemahan lalu dan berusaha membina semula kepercayaan rakyat. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai langkah penambahbaikan untuk memastikan kebajikan individu yang tampil membantu siasatan sentiasa terpelihara.
Ringkasan AI
- PRM Mohon Maaf dan Ambil Iktibar Tragedi Teoh Beng Hock: Ketua Pesuruhjaya SPRM menzahirkan simpati dan memohon maaf kepada keluarga mendiang atas insiden kematian pada 2009, sambil menegaskan komitmen memperbaiki kelemahan lalu dan membina semula kepercayaan rakyat.
- Langkah Penambahbaikan Institusi SPRM: SPRM telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk bilik rakaman bervideo (VIR), bilik temu bual aras bawah, penambahan CCTV berteknologi tinggi, penggunaan kamera badan (BWC), dan teknik soal siasat PEACE yang menekankan keselamatan dan keberkesanan.
- Sumbangan Ihsan dan Pengiktirafan Siasatan Lalu: SPRM mengiktiraf hasil siasatan terdahulu termasuk RCI dan keputusan Mahkamah Rayuan, serta bersedia memberi sumbangan ihsan kepada keluarga mendiang bagi tujuan kebajikan dan pendidikan anak Teoh.
"Walaupun siasatan terkini tidak menemukan bukti mencukupi untuk membuktikan apa jua kesalahan terhadap mana-mana individu di bawah undang-undang, SPRM tetap memandang serius bahawa mendiang Teoh ditemukan meninggal dunia di premis SPRM Selangor pada 16 Julai 2009.
"Ia satu insiden hitam yang telah memberi kesan besar bukan sahaja kepada waris mendiang, tetapi juga seluruh warga SPRM dan negara. Atas dasar keprihatinan, saya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM, ingin menzahirkan perasaan simpati dan memohon maaf kepada keluarga mendiang atas penderitaan yang telah ditanggung sepanjang tempoh tersebut," kata Azam.
Antara langkah penambahbaikan yang dilaksanakan adalah mewujudkan bilik rakaman bervideo (VIR) untuk merekod pernyataan saksi, orang kena tangkap dan atau suspek, mewujudkan bilik temu bual saksi di aras bawah bagi memastikan akses lebih mudah dan pemantauan yang lebih telus.
Azam berkata bilangan kamera litar tertutup (CCTV) juga telah ditambah dengan ciri berteknologi tinggi dan ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawas dan merekod pergerakan serta perlakuan setiap individu yang memasuki premis SPRM.
"Kompleks Bangunan SPRM dilengkapi pemasangan jeriji besi selaras dengan garis panduan pihak berkuasa dan kamera badan (BWC) turut digunakan dalam setiap operasi siasatan bagi merakam aktiviti operasi dan memastikan integriti pegawai siasatan terjaga.
"Turut digunakan, teknik soal siasat model PEACE (Planning, Engage, Account, Closure, Evaluation) yang dipraktikkan di United Kingdom. Teknik yang menekan aspek keberhasilan dan keselamatan telah diperkenal dan diadaptasi sebagai MACC PEACE," katanya.
Azam berkata SPRM turut mengiktiraf keputusan daripada pelbagai siasatan yang telah dijalankan berhubung kes kematian Teoh sepanjang 16 tahun lepas, termasuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 2011, keputusan Mahkamah Rayuan pada 2014 serta siasatan terkini oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara.
"Namun demikian, sebagai tanda keprihatinan, SPRM bersedia memberi sumbangan ihsan kepada keluarga mendiang dalam jumlah yang akan ditentukan kelak bagi tujuan kebajikan dan perbelanjaan pendidikan anak mendiang," katanya.
Teoh, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemukan maut pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 premis berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami