Selama beberapa jam semalam, anggota keluarga Koperal Azman Ampong, 39, diselubungi kebimbangan berhubung keselamatan anggota komando polis itu.
Mereka akhirnya menarik nafas lega apabila Azman sendiri menghubungi mereka memaklumkan bahawa beliau hanya cedera dalam insiden tembakan dekat Lahad Datu awal sebelum itu antara anggota komando polis dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu dari Filipina.
Ibu mentua Azman, Nurni Rais, 60, amat bersyukur apabila menerima berita menantunya yang disangka terkorban hanya mengalami kecederaan pada kira-kira pukul 10.15 malam tadi.
"Sebelum waktu solat Jumaat, kami menerima khabar daripada isteri Azman yang mengatakan suaminya cedera dalam pertempuran, sebelah petang sebelum Maghrib terdapat pihak tertentu dalam laman sosial Facebook mengatakan Azman telah meninggal dunia.
"Kami sekeluarga bertambah cemas apabila sebuah stesen televisyen melaporkan khabar buruk yang sama pada petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tinosa 2 di sini, hari ini.
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
Seorang lagi anggota komando polis Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dirawat di Hospital Sandakan.
Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga kembali tenang selepas Azman sendiri menghubungi mereka dan meminta semua anggota keluarga agar bersabar.
Azman yang berasal dari Semporna, Sabah mempunyai empat anak dan isteri Marina Djapar, 34, mengalami kecederaan di bahagian punggung, belakang dan paha.
Dua anggota keselamatan Malaysia terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh dalam insiden serangan terhadap anggota keselamatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.
Bernama
Sat Mar 02 2013
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Keluarga Koperal Azman bersyukur khabar buruk tidak benar
Anggota keluarga Koperal Azman Ampong, 39, yang diselubungi kebimbangan berhubung keselamatan beliau, menarik nafas lega apabila beliau membuat panggilan kepada keluarganya.