Akibat terlewat membayar sewa rumah satu bulan, 5 beranak dihalau keluar sebulan yang lalu.

Keluarga malang itu kemudian terpaksa menumpang teduh di sebuah stor di pinggir Taman Perumahan Tanah Putih Baru, Kuantan atas simpati jiran-jirannya.

Abdullah Ab. Rahman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, terpaksa akur keluar dari rumah yang telah didudukinya sejak 9 bulan lalu.

Menceritakan kisah malang keluarganya, pemuda berusia 31 tahun itu berkata, dia bukan ingin mendapatkan simpati.

Keluarga ini juga terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa apabila hujan.

Bagi menampung kehidupan, isterinya Halimaton Saadiah Abdullah yang merupakan seorang mualaf dari masyarakat Orang Asli, bekerja sebagai pembantu gerai makan di kawasan perumahan tersebut.

Anak sulung mereka sebelum ini tidak dapat bersekolah kerana tidak mampu menyediakan yuran dan pakaian sekolah.

Namun atas bantuan orang ramai anak itu akhirnya dapat ke sekolah.

Sementara itu, Adun Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat ketika dihubungi memberitahu pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah bagi keluarga ini.