KUANTAN: Sebuah keluarga yang menetap di Felda Lepar Utara Tiga, Jerantut memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak lelakinya dikhuatiri hilang sejak tiga bulan lalu.
Bapanya, Shaari Yeop, 59, berkata, anaknya, Mohd Hairul Shahazwan, 33, disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas dikatakan hendak ke rumah adik perempuannya di Kuantan, sebelum ke Selangor untuk bertemu isteri.
Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Februari lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal miliknya.
"Pada mulanya, saya ingatkan dia ada di rumah adik perempuannya (di Kuantan) atau isterinya (di Selangor), namun bila disiasat dia tidak berada di dua-dua lokasi itu.
"Saya kemudian, cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun gagal. Satu laporan dibuat pada 22 Februari di IPD ( Ibu Pejabat Polis Daerah) Jerantut bagi mengesan anak saya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Pada Rabu, tular di laman sosial Facebook yang meminta orang ramai membantu mengesan Mohd Hairul Shahazwan yang didakwa hilang sejak 20 Februari lalu.
Hantaran terbabit turut memaklumkan usaha mencari sudah dilakukan, namun sehingga kini Mohd Hairul Shahazwan masih belum ditemukan.
Shaari yang merupakan peneroka Felda memberitahu, penemuan motor miliknya yang dinaiki anaknya di ladang kepala sawit di Lepar Utara berhampiran hutan menjadi tanda.
Katanya, motosikal itu ditemui penduduk kampung, sebelum dimaklumkan kepadanya pada 16 April lalu.
"Hanya motosikal sahaja dijumpai, namun dia (anak) saya tidak jumpai. Saya dan beberapa penduduk kampung (kini) sedang berusaha mencari dia di kawasan sekitar ladang termasuk hutan berhampiran.
"Namun usaha itu gagal. Saya bukan apa, hendak tahu sama ada anak saya ini hidup atau pun mati itu sahaja. Jadi sebab itu saya berusaha mencarinya," luahnya.
Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk membantu mengesan Mohd Hairul Shahazwan dan sekiranya menjumpainya boleh menghubungi talian 011-19242567 atau 016-6392029 atau balai polis berhampiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 26 2024
Orang ramai diminta memberikan maklumat jika mengenali atau mengesan Mohd Hairul Shahazwan. - Foto Sinar Harian
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Ibu minta bantuan orang ramai untuk cari anak hilang
Sehari selepas menghilangkan diri, Nur Fatihah Rodzi menghubungi ibunya dan meminta agar tidak mencarinya lagi.