PUTRAJAYA: Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah.
Firma guaman, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib berkata, arahan itu dibuat oleh keluarga Muhammad Adib kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara tersebut.
"Susulan daripada arahan keluarga Muhammad Adib agar rayuan bapanya, Mohd Kassim Abdul Hamid ditarik balik, peguam telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei lalu, diikuti Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Tommy Thomas memfailkan penarikan rayuan pada Selasa,"
Menurutnya, pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.
"Mereka turut berharap agar masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan dengan memandang ke hadapan serta memulakan kehidupan baharu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Jelas firma itu, terdapat tiga rayuan sedang berlangsung di Mahkamah Rayuan.
"Pertama, rayuan oleh AGC bagi menegaskan bahawa hakim koroner tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menghukum seseorang, termasuk Tommy Thomas atas kesalahan menghina mahkamah," katanya.
Manakala dua lagi ujarnya, rayuan Mohd Kassim, 66, bagi mencabar keputusan mahkamah tinggi yang memutuskan bahawa Tommy Thomas mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima.
Kata firma itu, rayuan AGC tersebut telah sebelum ini didengar oleh Panel Mahkamah Rayuan yang kemudiannya pada 8 Februari 2022 memutuskan menolak rayuan tersebut.
Ia sekali gus mengesahkan bahawa hakim koroner sememangnya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar prosiding komital serta menghukum seseorang atas kesalahan menghina mahkamah.
Susulan keputusan tersebut, AGC telah seterusnya memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan, iaitu tingkat tertinggi kehakiman di negara ini.
"Dua lagi rayuan oleh bapa Muhammad Adib telah digantung pendengarannya, sementara menantikan proses rayuan ke Mahkamah Persekutuan oleh AGC tersebut," katanya.
Meskipun keluarga mengambil langkah untuk tidak meneruskan rayuan tersebut, pasukan peguam itu menegaskan keputusan penyelesaian di peringkat rayuan penghinaan mahkamah tidak sama sekali mengusik atau mengubah keputusan dan dapatan oleh Mahkamah Koroner pada 27 September 2019, yang mengesahkan bahawa Muhammad Adib mati dipukul walaupun pembunuhnya tidak dapat ditemui hingga ke hari ini dan bahawa kematian arwah turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal rusuhan.
"Alasan penghakiman setebal 52 halaman oleh Hakim Koroner Rofiah Mohammad itu tidak pernah diakas oleh mana-mana mahkamah yang lebih tinggi dan dengan yang demikian itu ia kekal sebagai dapatan fakta yang autoritatif," katanya.
Tegasnya lagi, pendirian keluarga arwah untuk menarik balik rayuan komital ini juga tidak bererti bahawa usaha mencari pembunuh Muhammad Adib tidak boleh diteruskan oleh polis kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.
"Perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika dalam bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin," katanya.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 15 2022
Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah. -Gambar fail/Facebook @Lang Buana
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Kes saman Waytha Moorthy terhadap Lokman Adam berhubung kematian Adib, selesai
Peguam yang mewakili Waytha Moorthy, Annou Xavier berkata terma perintah persetujuan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.
Koroner ada kuasa dengar prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara - Mahkamah Rayuan
Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.
Kes Adib: Isu bidang kuasa koroner berkaitan prosiding komital diputus 8 Feb
Panel hakim memerlukan masa kerana terpaksa membuat lebih banyak penyelidikan mengenai perkara tersebut.
Pakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut bagi memastikan pembelaan sewajarnya dibuat.
Kabinet setuju tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Muhammad Adib - PM
Mesyuarat Kabinet memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jangan tutup siasatan kes Muhammad Adib walau sementara - PPMM
PPMM terkejut dengan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang memaklumkan bahawa kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara.
Kes Adib: Tommy Thomas tidak patut menyeleweng fakta - MACSA & PPMM
MACSA dan PPMM desak Kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang telah menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.