Keluarga Nora Anne zahirkan penghargaan, kagum dengan misi pencarian di ambang Aidiladha

Astro Awani
Ogos 10, 2019 04:12 MYT
Ibu kepada tiga orang anak itu memberikan ucapan dalam pertemuan tertutup di perkarangan Resort tempat mereka tinggal. - Gambar fail
Ibu kepada remaja Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak tujuh hari lalu tampil menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat anak gadisnya.
Meabh Jaseprine Quoirin bersama suaminya, Sebastian Marie Philipe bertemu dengan anggota keselamatan yang bertugas semasa cuti perayaan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua, kami sedar anda melakukan pencarian siang dan malam untuk mengesan Nora Anne.
“Kami tahu anda berusaha gigih, dan sanggup mengorbankan masa terutama perayaan (Aidiladha esok) untuk bersama kami serta mendoakan kami.
“Kami sangat menghargai usaha dan pengorbanan anda semua sama ada anggota yang berada di sini atau tidak (yang sedang melakukan operasi),” katanya dalam rakaman video yang dikongsi melalui Facebook Polis Negeri Sembilan.
BACA: Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin
Ibu kepada tiga orang anak itu memberikan ucapan dalam pertemuan tertutup di perkarangan Resort tempat mereka tinggal.
BACA: Boleh bantu cari Nora Anne, walaupun gunakan kaedah mistik - Polis
BACA: Dimana Nora Anne?: SAR guna teknologi kesan haba remaja Ireland hilang
Mengulas lanjut, Maebh turut meluahkan rasa kagum dengan usaha dan kepakaran yang ditonjolkan pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan anak sulungnnya itu.
"Kami sangat kagum dengan usaha dan kepakaran serta dedikasi anda. Kami berharap pasukan SAR dapat menemui Nora,” katanya.
Dalam kejadian pada Ahad, gadis berasal dari Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi.
#Aidiladha #hilang #keluarga #keselamatan #nora anne #operasi #polis #remaja #video