Keluarga Nur Umairah Syakirah Rosdi, murid Tadika Kemas di sini yang maut akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lepas, hari ini menerima pampasan insurans daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Pampasan itu diserahkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun kepada ibu Allahyarham, Nur Yusliana Mohd Yusof, ketika melawat guru tadika Kemas itu dan dua anaknya yang dirawat di Hospital Putrajaya di sini akibat kemalangan itu.
Nur Umairah, 5 tahun, murid Tadika Kemas di Presint 11 di sini maut apabila kenderaan Perodua Alza yang dinaiki bersama lima ahli keluarganya terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Audi A5 di simpang empat lampu isyarat Jambatan Sri Ehsan di sini pada 28 Julai lepas.
Nur Umairah, yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia ketika dirawat di hospital sementara ibunya patah kaki kiri dan tulang pinggul retak manakala abangnya yang berusia lapan tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri.
Kakaknya yang berusia enam tahun pula cedera di kepala serta patah kaki kiri, manakala bapa dan adik bongsunya mengalami cedera ringan.
Rina berkata pampasan itu merupakan insurans kemalangan diri berkelompok pelajar tadika dan taska Kemas yang disediakan jabatan itu bagi setiap pelajar.
Berkenaan keadaan Nur Yusliana, Rina berkata guru Tadika Kemas Bunga Alamanda, Presint 11 itu akan menjalani pembedahan pada bahagian kaki pada Isnin depan.
"Alhamdulillah, beliau nampak positif dan begitu berharap segera sembuh untuk kembali mengajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019

Rina berkata pampasan itu merupakan insurans kemalangan diri berkelompok pelajar tadika dan taska Kemas yang disediakan jabatan itu bagi setiap pelajar. - Gambar fail

Politik | Percaturan parti menjelang PRU-15
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan, Pilihan Raya Umum ke-15 akan dijalankan selepas isu kesihatan COVID-19 ini berjaya diselesaikan. Namun pada masa kini, banyak persiapan sedang digerakkan di peringkat parti bagi menghadapi perang itu. Mahu tidak mahu PRU-15 perlu disegerakan bagi memastikan kerajaan yang dipimpin ini mempunyai majoriti yang kukuh. Kali ini kita nak lihat dari aspek persiapan begitu juga dgn percaturan komponen parti menjelang PRU15 ini. untuk membincangkan megenai isu ini, kita bersama Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Penganalisis Politik Universiti Malaya.

Vaksin COVID-19 | 4.8 juta daftar vaksin, 166,363 terima, Sarawak rekod negeri paling tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu.

Vaksin COVID-19 | Isu potong barisan, siasatan polis hampir selesai
Polis Kelantan hampir menyiapkan siasatan berhubung paparan di laman sosial yang mendakwa berlaku cubaan untuk memotong barisan suntikan COVID-19 oleh kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, SUK.

Agenda lawatan Perdana Menteri hari ini
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negara itu akan melonjak hubungan dua hala Riyadh-Kuala Lumpur ke tahap yang lebih kukuh pada masa depan. Ini pandangan disuarakan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Bin Farhan Al-Saud. Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam Selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Kita terus sahaja bersama Najib Aroff untuk butirannya.

Kronologi kes rasuah Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi
Kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jenazah Khairul Anas dibawa pulang hari ini
Dana terbabit adalah hasil dana jualan amal secara langsung di Facebook serta sumbangan orang ramai.

Hampir 7,000 PATI di Sabah diusir keluar sejak Oktober 2020 - Hamzah
Pengusiran dilakukan tanpa kompromi kepada warga asing yang memasuki dan tinggal di negara ini secara haram.

Kes Rasuah: Zahid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan libatkan cek bernilai RM7.5 juta
Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan pengubahan wang haram iaitu daripada 30 keping cek berjumlah RM6,885,300 sebelum ini menjadi 35 keping cek berjumlah RM7,511,250.

Biar sikit janji berkat - Rafidah Aziz
Tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila masyarakat hari ini menganggap rasuah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.

Komuniti | Kecekalan ibu tunggal bernama Norlela
Pepatah Melayu ada mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga. Ini derita yang harus ditanggung seorang ibu tunggal, Norlela Bujang, 50 tahun. Norlela yang kini tinggal bersama-sama anaknya, yang berusia 10 tahun, bukan sahaja tidak bekerja tetap, malah semakin hilang upaya akibat sakit kencing manis yang dialaminya sejak 12 tahun lalu. Sakit itu menyebabkannya tidak mampu bergerak bebas, apatah lagi setelah telapak kakinya dipotong dua tahun lalu.

Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut nahas helikopter
Olivier Dassault, 69, meninggal dunia pada Ahad dalam nahas helikopter di bandar Touques wilayah Normandia utara Perancis.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Kenduri tahlil antara punca kes COVID-19 di Terengganu hari ini
Tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan SOP yang sempurna menjadi antara punca kes baharu COVID-19 di Terengganu hari ini.

Veteran politik Abdul Ghani Gilong meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.12 tengah malam akibat sakit tua.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

Gagal dihubungi, rupanya ibu sudah meninggal dunia
Mayat wanita berkenaan ditemui terbaring di atas katil dalam keadaan sudah membengkak dan berbau.

Myanmar: Mangsa 20 tahun ditembak di kepala selamat disemadikan
Lebih 50 orang disahkan dibunuh oleh polis dan tentera, termasuk sekurang-kurangnya 38 kematian yang dilaporkan berlaku pada Rabu.

Dua maut kemalangan babitkan dua kenderaan di Seremban
Dalam kemalangan kira-kira 7.45 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pemandu Proton Saga dan penumpang wanita berusia 40 tahun, maut selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

Misteri titisan darah dari siling terjawab
Misteri titisan darah menitis dari atas siling bilik setor milik seorang penghuni tingkat tiga flat perumahan, akhirnya membongkar rahsia dengan penemuan mayat seorang lelaki yang mulai mereput.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Polis tahan pengasuh
Wanita berusia 43 tahun dari Permatang Damar Laut itu ditahan pada jam 12 tengah hari Rabu.