PUTRAJAYA: Keluarga pemandu lori, P. Chandran yang mati semasa dalam tahanan polis pada 2012, akan menerima ganti rugi berjumlah RM357,500 kerana tidak diberikan keperluan perubatan sewajarnya ketika dalam tahanan.
Hal itu berlaku walaupun panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 6-1 membenarkan rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan mengenai persoalan undang-undang bahawa keluarga Chandran tidak berhak menerima ganti rugi teladan atas kematiannya ketika dalam tahanan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang yang menyampaikan keputusan majoriti itu berkata tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak harta si mati secara langsung atau tidak jelas untuk tuntutan bayaran ganti rugi teladan.
Walaupun Mahkamah Persekutuan tidak mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada keluarga Chandran, mahkamah sebaliknya mengekalkan RM200,000 sebagai ganti rugi teruk.
“Oleh kerana responden (keluarga si mati) telah meminta ganti rugi teruk dalam pernyataan tuntutan mereka tetapi tidak diberikan, kami telah memutuskan untuk mengetepikan kuantum ganti rugi teladan yang diperintahkan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan menggantikan jumlah sama dengan yang ada di bawah ganti rugi teruk,” kata hakim itu.
Mahkamah Tinggi, yang membenarkan tuntutan mahkamah yang difailkan keluarga Chandran pada 2016, telah memerintahkan PDRM dan kerajaan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM357,500 yang merangkumi RM200,000 sebagai ganti rugi teladan.
Bagaimanapun, PDRM dan kerajaan memfailkan rayuan terhadap RM200,000 bagi ganti rugi teladan itu di Mahkamah Rayuan atas alasan bayaran ganti rugi teladan tidak boleh diberikan kepada anggota keluarga si mati.
Kedua-dua pihak itu bagaimanapun gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan dan kemudian mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Keputusan majoriti itu dibuat oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim serta Rhodzariah.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan bagaimanapun tidak bersetuju dengan mengatakan bahawa Chandran dilucutkan hak asasi hidupnya ketika ditahan.
Beliau berkata walaupun Undang-Undang Sivil 196 melarang pelepasan dalam bentuk ganti rugi terhadap kerajaan, namun pewaris si mati berhak menerima ganti rugi sedemikian kerana melanggar hak si mati untuk hidup di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Ganti rugi berjumlah RM200,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi jelas untuk menunjukkan kemarahan mahkamah atas tindakan pihak berkuasa, yang mengakibatkan kematiannya (Chandran)," kata Nallini.
Beliau berkata mahkamah harus berhati-hati untuk melindungi hak mereka yang berada dalam tahanan untuk memastikan mereka tidak mati dalam tahanan, tetapi harus juga berwaspada untuk memastikan tuntutan yang tidak bermotif dan semberono ditolak.
Pada 16 Jan 2015, Koroner Datuk Ahmad Bache yang mendengar inkues berhubung kematian Chandran memutuskan bahawa polis bertanggungjawab terhadap kematian Chandran kerana mereka tidak memberikan bantuan perubatan tepat pada masanya kepada tahanan itu.
Pada September 2015, balu simati, N. Selvi dan anak perempuannya, C. Rita memfailkan saman sivil terhadap ketujuh-tujuh perayu – lima pegawai polis, Ketua Polis Negara dan kerajaan – kerana mendakwa kematian Chandran disebabkan kecuaian dan tindakan mereka menjurus kepada salah laku awam serta melanggar hak perlembagaan si mati.
Pada 9 Jan 2016, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian Chandran, 47, adalah akibat kecuaian polis dan memberikan ganti rugi berjumlah RM357,500.
Jumlah yang diputuskan itu merangkumi ganti rugi teladan RM200,000, kehilangan penanggung RM144,000, RM10,000 kerana kehilangan dan ganti rugi khas RM3,500.
Chandran ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang bayi yang baharu dilahirkan.
Peguam M.Visvanathan mewakili keluarga Chandran manakala Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya bertindak bagi pihak polis dan kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Hakim berkata mahkamah harus berhati-hati melindungi hak mereka yang berada dalam tahanan, tetapi harus juga berwaspada memastikan tuntutan yang tidak bermotif dan semberono ditolak.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.
Pemandu lori lari SJR dikejar 50 km ditahan polis
Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.
Pemandu, kelendan lori didenda miliki karkas babi
Seorang pemandu dan kelendan lori masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyeludup 228 keratan karkas babi.
3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.
Pemandu lori tolak kekasih disambung reman dua hari
Suspek sebelum ini diberkas dan direman tujuh hari untuk siasatan berhubung kejadian.
Pemandu lori didakwa menipu pengarah syarikat RM1.03 juta
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas tuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan kerugian RM1.03 juta.
Pengarah syarikat kelapa sawit rugi RM1.03 juta terpedaya tawaran tender pajak ladang
Seorang pengarah syarikat tanaman dan sewa ladang kelapa sawit yang beroperasi di Paya Mengkuang kerugian RM1.03 juta selepas terpedaya dengan tawaran tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud.
Pemandu lori didakwa sebabkan kematian tiga anggota tentera
Huzaifah didakwa memandu lori terbabit dalam keadaan berbahaya di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara daerah Kuala Muda.