awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga petani, nelayan gunakan wang BPN untuk perbelanjaan perubatan, keperluan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/04/2020
04:00 MYT
Keluarga petani, nelayan gunakan wang BPN untuk perbelanjaan perubatan, keperluan
Azizan mengagihkan bantuan ikan kepada lebih 100 penduduk kampung yang layak menerima BPN di Jerlun, Kedah. Foto Astro AWANI.
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) amat bermakna bagi ramai rakyat terutama golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan sokongan kewangan.
Bagi Siti Fatimah, 52 tahun, dari Kampung Pida 5 di sini, pembayaran fasa pertama BPN sangat bermakna kerana wang itu dapat membantunya dalam menguruskan perbelanjaan perubatan suaminya Ahmad Zainol, 62 tahun, yang terlantar sakit.
Siti Fatimah yang bekerja sebagai pembantu kedai terputus mata pencarian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.
Dia yang mengambil alih tanggungjawab keluarga selepas suaminya sakit, bersyukur dengan pemberian wang BPN itu.
"Saya guna wang ini untuk membawa suami ke hospital selain membayar tambang, bil hospital, perbelanjaan dapur dan bil elektrik serta air," katanya.
Dalam pada itu, rakannya Siti Zaharah Saad, 63 tahun, terharu dengan keprihatinan kerajaan terhadap golongan B40 sepertinya yang hanya melakukan kerja sawah.
Jelasnya, wang itu digunakan untuk menampung perbelanjaan harian dan pembelajaran anak-anak.
"Bantuan itu dapat menambah sedikit pendapatan, sekali gus sedikit sebanyak menampung apa yang kurang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pida 5, Azizan Md Isa berkata, majoriti penduduk adalah golongan petani dan nelayan.
Sejak PKP, mereka hanya berharap kepada bantuan kerajaan untuk membeli keperluan harian termasuk beras, gula, sardin dan tepung.
"Saya sarankan penduduk yang terima duit bantuan ini menggunakan dengan cermat dan sebaik mungkin kerana kita tidak tahu berapa lama lagi tempoh PKP ini," katanya.
Pada 27 Mac lalu, kerajaan mengumumkan BPN sebanyak RM9.24 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (Prihatin) bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.
Pembayaran membabitkan peruntukan berjumlah RM5.63 bilion itu akan memberi manfaat kepada 8.3 juta isi rumah.
Pembayaran BPN ialah RM1,600 kepada golongan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah; RM1,000 kepada isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000; RM800 kepada individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan RM500 kepada individu bujang berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jerlun
#pembantu kedai
#pendapatan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan