Berbeza dengan kebanyakan keluarga yang dapat menikmati hidangan lazat sewaktu berada di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebuah keluarga di Taman Cendana di Pasir Gudang, di sini hanya mampu menjamah nasi 'berulamkan' gula serta bubur kosong sejak empat hari lepas bagi mengalas perut.
Roslan Aliudins, 30, berkata dia tidak mampu menghidangkan makanan lazat kerana sudah kehabisan wang simpanan setelah tidak dapat bekerja sebagai pendawai sejak pelaksanaan PKP.
Katanya, dia bersama isteri, Nurul Nisa Irmin, 26, dan anak lelaki mereka, Mohamad Danial, 4, mengalas perut dengan hidangan itu menerusi beras dan gula hasil sumbangan Persatuan Penduduk Taman Cendana.
"Saya bekerja sendiri, kalau ada pelanggan, maka adalah duit, saya rasa putus asa apabila tidak dapat bekerja, tetapi kita kena faham wabak ini bahaya.
"Sebenarnya ada beberapa pelanggan yang menelefon meminta saya membaiki pendawaian elektrik di rumah mereka, tetapi saya terpaksa menolak," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Roslan yang berasal dari Lahad Datu, Sabah bekerja sebagai pendawai sejak 10 tahun lepas dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan.
Kesusahan Roslan sekeluarga mendapat perhatian pasar raya Econsave Cash and Carry yang sudi menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada mereka hari ini.
Pengurus Operasi Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, pihaknya berbesar hati memberi sumbangan barangan keperluan asas bukan sahaja kepada keluarga Roslan malah kira-kira 3,000 penerima di kawasan perumahan terbabit.
Beliau berkata, sebanyak tiga tan sayur-sayuran dan 220 kilogram ikan turut diagihkan kepada setiap rumah dengan kesemua makanan terbabit disumbangkan para pembekal sayur serta ikan.
"Untuk permulaan, bantuan ini dimulakan di Taman Cendana tetapi hari ini, kami juga menerima banyak panggilan dan pesanan menerusi WhatsApp yang meminta kami menghantarkan bekalan makanan ke kawasan lain.
"Jadi, kami berharap kalau ada pembekal sayur-sayuran atau buah-buahan yang sebelum ini menghantarnya ke kantin, kedai makan dan mungkin ada gred agak rendah, kalau sekarang ini mereka tidak dapat pasarkan barangan mereka, salurkanlah kepada kami untuk kami edarkan kepada orang ramai," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020

Roslan Aliudins bersama isteri dan anaknya hanya mampu menjamah nasi kosong sahaja kerana sudah kehabisan wang. - Gambar hiasan

Vaksin Pfizer | Pengasas Pfizer-BioNTech terima Darjah Kebesaran oleh Jerman
Pengasas syarikat farmaseutikal, Pfizer-Biontech Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman. Pejabat Presiden memaklumkan pasangan itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan negara itu.

Malaysia Prihatin: Walaupun diuji pandemik, kerajaan utamakan rakyat
Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diuji ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berhadapan pandemik COVID-19. Namun pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu untuk membantu setiap lapisan masyarakat dan memulihkan ekonomi ternyata memberi impak positif.

Malaysia-AS | Brian Mcfeeters duta baharu AS ke Malaysia
Bekas Kaunselor Politik Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia Brian Mcfeeters kini dilantik menjadi duta, menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir. Dalam kenyataan media hari ini, kedutaan Amerika memaklumkan, Mcfeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011.

'Hanya tinggalkan RM100' - 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1
Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19

Climate action in your area! Blackpink dilantik duta isu perubahan iklim PBB
Blackpink menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri Britain Boris Johnson yang menjemput mereka sebagai duta di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB Ke-26.

AWANI Ringkas: Sebar berita palsu berkait vaksin, tindakan tegas dikenakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

27 Februari Hari NGO Sedunia

Vaksin Sinovac diberikan kepada setiap peringkat umur
China mempunyai alasan mengapa tidak menggunakan vaksin sinovac atau mana-mana vaksi buatanya kepada individu berusi 60 tahun ke atas pada peringkat awal.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Wanita antara lima juruterbang 'terbangkan' vaksin Sinovac ke Malaysia
Nur Waie Hidayah diberi peranan mengendalikan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Keluarga susah hanya jamah nasi berulamkan gula, bubur kosong
Sebuah keluarga di Taman Cendana di Pasir Gudang di sini hanya mampu menjamah nasi 'berulamkan' gula serta bubur kosong sejak empat hari lepas bagi mengalas perut.