Selepas 22 hari dilaporkan hilang, keluarga Mohammad Ashraf Hassan, 29 tahun, tetap yakin peserta Gopeng Ultra Trail itu masih hidup.
Berdasarkan keyakinan itu, mereka akan terus mencari tanpa mengira batas waktu pagi, petang, siang, malam, mahupun subuh.
Abang Mohammad Ashraf, Mohd Zahiruddin, 35, berkata, mereka sekeluarga masih mengharapkan ada petunjuk-petunjuk baru yang boleh membawa kepada penemuan adiknya.
“Kami yakin, ibu pun sama, kita semua sama yakin yang Ashraf masih ada.
“Sebabnya kalau ikutkan unit yang digerakkan, (ia) adalah unit terbaik daripada pasukan-pasukan bertugas, iaitu unit drone, unit bertali, unit K9 namun masih belum ada jumpa.
BACA: Polis Perak lancar Ops Kesan khas cari Acap
“Contoh, kalau dia dah tak ada, kita boleh jumpa dengan unit K9 tapi sampai hari ni kita tak jumpa lagi, jadi kami sekeluarga yakin dia masih ada,” katanya.
Beliau ditemui pada pelancaran Ops Kesan Polis Perak di Kampung Pintu Padang, Gopeng, pada Sabtu.
Menurut Mohd Zahiruddin, ibu mereka, Siti Maznah Khamis, 62, telah pulang ke Muar untuk menjalani rawatan kesihatannya yang kurang stabil.
Katanya, mereka sekeluarga tidak boleh menghalang apa juga spekulasi dan berita tidak benar mengenai kehilangan Mohamad Ashraf.
Sebaliknya, keluarga Mohammad Ashraf tetap fokus dalam kerja-kerja pencarian adiknya.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Apr 13 2019
Berdasarkan keyakinan itu, mereka akan terus mencari tanpa mengira batas waktu pagi, petang, siang, malam, mahupun subuh. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis serbu makmal proses ketum, seorang ditahan
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kampar berjaya menumpaskan aktiviti menjual dan memproses air ketum di Kampung Pintu Padang di sini, pada Sabtu malam.
Keluarga yakin Mohammad Ashraf masih hidup
Selepas 22 hari dilaporkan hilang, keluarga tetap yakin peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29 tahun, masih hidup.
Polis Perak lancar Ops Kesan khas cari Acap
Polis Perak melancarkan Ops Kesan khas sebagai usaha terbaharu untuk mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu.