awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarkan data terperinci jumlah penerima vaksin mengikut daerah, wilayah - Pakar

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
30/05/2021
04:17 MYT
Keluarkan data terperinci jumlah penerima vaksin mengikut daerah, wilayah - Pakar
Data ini dapat membantu melicinkan program vaksinasi yang dijalankan negara ketika ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui agensi terlibat digesa mengeluarkan data mengenai jumlah penerima vaksin COVID-19 secara terperinci mengikut daerah dan kawasan setiap negeri pada setiap hari.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani yang menyeru langkah itu dibuat berkata, data ini dapat membantu melicinkan program vaksinasi yang sedang dijalankan negara ketika ini.
Maklumat seperti peringkat umur yang sudah menerima vaksin, jumlah penduduk yang belum menerima, dan jumlah yang belum mendaftar dapat membantu penduduk di sesuatu kawasan tentang perkembangan program vaksinasi di kawasan mereka.
“Saya amat mengalu-alukan perincian data sebegini.
"Kalau kita lihat sekarang ada perincian mengikut negeri, selain itu pemberian vaksin mengikut perincian daerah, mengikut peringkat umur, baki yang belum menerima vaksin dan baki yang belum mendaftar, database itu ada.
“Jadi usaha untuk mempertingkatkan pendaftaran dalam kalangan anggota masyarakat dapat dibantu oleh pemimpin setempat dan tumpuan kepada kawasan yang mempunyai pendaftaran yang rendah dapat dilakukan.
“Kalau kita tengok jumlah pemberian vaksin di daerah yang mempunyai kes yang tinggi dapat dipertingkatkan lagi sekiranya perincian data ini ada,” katanya.
Setakat ini, 11.8 juta sudah mendaftar untuk vaksin COVID-19, manakala lebih 1.85 juta sudah divaksinasi di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#program vaksinasi
#vaksin
#data vaksin COVID-19
#Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani
#USIM
#data terperinci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan