awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nurul Nazla ditemui selamat
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarkan wang tunai RM20,000, wanita disamun

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2020
01:59 MYT
Keluarkan wang tunai RM20,000, wanita disamun
Pihak polis percaya kedua-dua penjenayah tersebut telah mengekori mangsa di bank hingga ke tempat parkir kereta sebelum bertindak melarikan beg mangsa.
Hasrat seorang wanita untuk memiliki sebuah kereta baru tidak kesampaian apabila wang tunai berjumlah RM20,000 yang dikeluarkannya dilarikan penjenayah kira-kira jam 12 tengah hari pada Isnin.
Dalam kejadian itu, perompak turut melarikan telefon bimbit, wang tunai serta beberapa dokumen penting yang berada di dalam beg sandang mangsa.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurut Baharuddin, mangsa yang berusia 36 tahun bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun baru selesai mengeluarkan wang berkenaan daripada sebuah bank kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian di bandar Dungun.
Katanya, sebaik menutup pintu keretanya, seorang lelaki membuka pintu hadapan sebelah penumpang lalu mengambil beg tersebut yang diletakkan di atas kerusi.
Jelasnya, mangsa cuba menarik beg tersebut namun gagal sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Pihak polis percaya kedua-dua penjenayah tersebut telah mengekori mangsa di bank hingga ke tempat parkir kereta sebelum bertindak melarikan beg mangsa.
Polis sedang giat memburu kedua-dua suspek.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membawa pengiring atau ahli keluarga ketika hendak mengeluarkan wang dalam nilai yang banyak bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Topic Berkaitan
#Baharudin Abdullah
#bank
#beg atas kerusi
#beg sandang
#Dungun
#mangsa
#motosikal
#polis
#rompak
#samun
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan