awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluhan pendaki Gunung Santubong

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2012
01:43 MYT
Keluhan pendaki Gunung Santubong
Jika dahulu masuk secara percuma, sekarang sudah dikenakan bayaran. Bayaran yang dikenakan pula tidak berbaloi.
Itulah antara keluhan pendaki Gunung Santubong yang tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat pengurusan yang mengenakan bayaran RM8 kepada semua pendaki baru-baru ini.
Pendaki yang kerap ke sini mendakwa pihak pengurusan mengutip bayaran tersebut secara tidak sah dan hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.
Jelas pendaki gunung, Hasrizan Hanapi, “Dulu naik ke sini tidak perlu bayar, tapi sekarang tiba-tiba kena bayar. Sebab dua tiga bulan lepas naik tiada bayaran dikenakan, hari ini pula ada palang. Kami memang tidak puas hati sebab setahu saya untuk masuk ke sini tidak pernah dikenakan bayaran. Kami agak kecewa, namun disebabkan minat, kami naik juga.”
“Kami juga keliru sebenarnya. Sebelum mendaki, tertulis RM5 untuk deposit dan RM3 untuk bayaran masuk, namun apabila turun untuk mendapatkan semula wang deposit RM5, ia sebenarnya bukan deposit.”
Keadaan ini mencetuskan perasaan tidak puas hati terutamanya di kalangan pendaki tegar Gunung Santubong.
Tambahnya lagi, “Apabila naik ke atas, memang ada sampah. Kemudahan tangga yang senget tidak diuruskan dengan baik. Sepatutnya dengan bayaran tersebut, semuanya akan diuruskan. Sampah dipungut, tangga diuruskan. Ia membahayakan.”
Mereka juga mendakwa dengan bayaran dikenakan, kemudahan tersedia tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.
Seorang pendaki dari Semenanjung Malaysia, Khairul Izuddin Mohd Shah pula menyifatkan bayaran yang dikenakan tidak berbaloi dengan kemudahan yang tidak diuruskan dengan baik.
Justeru mereka berharap pihak berkaitan memberikan penjelasan mengenai status yuran dikenakan untuk setiap pendaki.
Ia sekaligus dapat merancakkan industri pelancongan negeri.
Topic Berkaitan
#gunung santubong
#Kuching
#pendaki gunung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan