awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM243,300 diperdaya sindiket cabutan bertuah dalam talian
Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah
Malaysia kekal terbuka kepada pelaburan asing bawa ketersambungan global - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas Genting Highlands: Bas dipandu laju

Tan Su Lin
Tan Su Lin
08/11/2013
11:15 MYT
Kemalangan bas Genting Highlands: Bas dipandu laju
Gambar fail kemalangan bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 nyawa pada 21 Ogos lalu.
Susulan kemalangan maut membabitkan bas ulang-alik Genting Highlands di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.
Laporan daripada Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kombinasi pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemalangan terbabit.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mendedahkan laporan berkenaan di satu sidang media di Kuala Lumpur.
Antara punca kemalangan adalah bas tersebut didapati dipandu laju melebihi had laju iaitu 50km/jam selain kekurangan kecekapan fungsi brek pada bas berkenaan.
Selain itu, penggunaan jenis penghadang jalan di lokasi didapati tidak sesuai dengan keadaan bercerun.
Lorong jalan melebihi standard 3.25 meter juga menyebabkan meningkatkan kecenderungan pemandu memandu melebihi had laju.
Maklumat papan tanda yang tidak tepat telah menyukarkan pihak pemandu untuk menggunakan lokasi truck escape ramp (TER) yang disediakan bagi mengelak kenderaan daripada terhumban ke dalam gaung.
Dalam pada itu, Hishamuddin menyerahkan kepada pihak suruhanjaya pengangkutan darat (SPAD) untuk mengambil tindakan ke atas syarikat bas iaitu Genting Highlands Transport Sdn Bhd.
Dalam pada itu, kementerian bercadang menubuhkan satu seksyen baru bagi mengenalpasti profil pemandu.
Ia dijangka dibentangkan ke peringkat sebelum hujung tahun ini.
Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 orang tersebut terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan terbabit ke ibu negara.
Nahas yang disifatkan terburuk dalam dalam tempoh 17 tahun di kawasan terbabit dan terburuk dalam sejarah negara itu turut menyebabkan 16 penumpang cedera.
Topic Berkaitan
#bas
#Genting Highlands
#kemalangan
#laju
#MIROS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan