awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas kilang: Seorang warga tempatan, tujuh warga Indonesia dikenalpasti

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2017
06:00 MYT
Kemalangan bas kilang: Seorang warga tempatan, tujuh warga Indonesia dikenalpasti
Dalam kemalangan pagi Selasa, seramai 44 penumpang bas dilaporkan cedera dengan sembilan daripadanya cedera parah. Foto ihsan JBPM.
Lapan mangsa kemalangan maut membabitkan bas kilang di KM 147 Lebuhraya Utara Selatan dekat Plaza Tol Juru dipercayai terdiri dari tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Nik Ros Azhan Abd Hamid berkata, warga Malaysia yang terkorban dikenalpasti sebagai Noriah Kasa, berusia 30-an, dari Parit Sungai Dungun, Parit Buntar.
Manakala identiti mangsa warga Indonesia masih belum dikenalpasti.
Terdahulu hari ini, kemalangan berlaku di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun kira-kira jam 6 pagi apabila dua buah bas dan sebuah van kilang bertembung berhampiran Plaza Tol Juru.
Ros Azhan berkata, seramai 44 penumpang bas dilaporkan cedera dengan sembilan daripadanya cedera parah. Tujuh lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jelasnya, setakat ini polis telah menahan dua pemandu bas kilang terbabit untuk siasatan lanjut.
Polis juga telah mengambil sampel air kencing dan darah kedua-dua pemandu untuk tindakan lanjut
Kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Jabatan Forensik di Hospital Seberang Jaya ketika ini dipenuhi ahli keluarga dan rakan mangsa yang terlibat.
Topic Berkaitan
#bas
#kemalangan
#Nik Ros Azhan Abd Hamid
#pekerja kilang
#pemandu bas
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan