Skip to main content

Teknologi

TikTok Tako mula ditawarkan kepada pengguna Malaysia

TikTok Tako Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Malaysia – Ciri Chatbot AI Secara Terbina Pada Aplikasi TikTok -- AMANZ
TikTok Tako menawarkan antara muka berbentuk perbualan yang membolehkan pengguna mengemukakan pelbagai soalan serta menerima jawapan secara masa nyata terus di dalam aplikasi berkenaan. -Foto Amanz

PLATFORM media sosial TikTok mula menawarkan ciri chatbot kecerdasan buatan (AI) janaan tersendiri, dikenali sebagai TikTok Tako, kepada sebilangan pengguna di Malaysia, hari ini.

Langkah itu dilihat sebagai usaha TikTok menyaingi Meta yang sebelum ini mengintegrasikan sokongan Meta AI ke dalam aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp, lapor Amanz.

Advertisement

TikTok Tako menawarkan antara muka berbentuk perbualan yang membolehkan pengguna mengemukakan pelbagai soalan serta menerima jawapan secara masa nyata terus di dalam aplikasi berkenaan.

Keunikan chatbot tersebut terletak pada keupayaannya memanfaatkan kandungan yang dikongsi di platform TikTok, termasuk integrasi video berkaitan, bagi memberikan jawapan yang lebih kontekstual dan interaktif.

Setakat ini, ciri berkenaan ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna di Malaysia dan boleh diakses menerusi bahagian permesejan dalam aplikasi TikTok.

Pengenalan TikTok Tako menandakan langkah berterusan syarikat itu dalam memperluas penggunaan teknologi AI janaan bagi memperkaya pengalaman carian dan interaksi pengguna di platform berkenaan.

Pemerhati teknologi berpandangan integrasi chatbot secara terbina itu berpotensi mengubah cara pengguna menemui kandungan baharu, selain memperluas peranan TikTok sebagai platform berasaskan maklumat, di samping fungsi hiburan.

Must Watch Video