awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Dakwaan brek bas tidak berfungsi boleh dibuktikan betul atau tidak - Loke

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2025
10:32 MYT
Kemalangan bas UPSI: Dakwaan brek bas tidak berfungsi boleh dibuktikan betul atau tidak - Loke
Anthony (dua, kiri) meninjau keadaan bangkai bas yang terlibat dalam nahas tragis yang mengorbankan 15 nyawa penuntut UPSI di Gerik, Isnin lalu. - Gambar/ Bernama
GERIK: Dakwaan pemandu bas bahawa kenderaan yang membawa 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipandunya mengalami masalah brek tidak berfungsi akan dibuktikan dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Menteri Pengangkutan memaklumkan dakwaan pemandu bas UPSI mengenai kegagalan brek akan disahkan melalui laporan teknikal Puspakom dalam masa terdekat.
  • Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang meragut 15 nyawa, termasuk kemungkinan faktor jalan atau kecuaian pemandu.
  • Syarikat pengendali bas boleh dikenakan tindakan undang-undang dan siasatan turut dibuka di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, bergantung kepada hasil laporan polis dan JPJ.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan siasatan melibatkan masalah teknikal itu akan diperoleh daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam tempoh sehari dua ini.
"Pemandu mendakwa bahawa semasa kejadian berlaku brek tidak berfungsi, perkara itu kita boleh buktikan sama ada betul atau tidak, tidak lama lagi.
"Puspakom telah pun membuat siasatan terhadap sistem brek dalam kenderaan itu. Kita tidak boleh mengambil secara luaran apa yang dikatakan pemandu tersebut.
"Saya hendak bagi amaran kepada pemandu itu, jangan cuba menyatakan sesuatu yang tidak benar kerana ia boleh dibuktikan melalui ujian mekanikal kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi kemalangan dan bangkai bas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini pada Khamis.
Anthony berkata, punca kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut UPSI di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Isnin lalu belum dikenal pasti lagi.
"Sama ada ia adalah faktor keadaan jalan atau faktor pemandu itu perlu kita siasat dan memang siasatan terperinci sedang dijalankan," katanya.
Selain membatalkan permit, Anthony berkata, syarikat pengendali bas berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Sebelum ini pernah ada kes yang kita bawa ke mahkamah walaupun dia bukan pemandu bas itu tetapi sebagai pemilik syarikat mereka perlu bertanggungjawab.
"Dalam kes ini, saya rasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) patut buka kertas siasatan dan selepas itu akan dirujuk dengan Peguam Negara.
"Dari segi pemandu pula, siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pendakwaan bergantung kepada hasil laporan polis," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#brek rosak
#Anthony Loke
#dakwaan pemandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan