MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas bebas dengan jaminan mahkamah

Mohd Amirul Fadhil Zulkifli mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta satu lagi pertuduhan. - Foto Bernama
IPOH: Lelaki yang didakwa memandu bas secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan di Gerik, Isnin lalu telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah.
Ringkasan AI
- Tertuduh dibebaskan dengan jaminan: Lelaki yang didakwa memandu bas secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar UPSI dibebaskan selepas membayar jaminan RM19,000 dengan dua penjamin.
- Pertuduhan dan siasatan: Mohd Amirul Fadhil Zulkifli mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 42 akta sama. Siasatan lanjut masih dijalankan dengan 28 individu telah dirakam percakapan.
- Syarat jaminan dan tindakan mahkamah: Mahkamah menetapkan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, tidak mengganggu mangsa dan saksi, serta menggantung semua kelas lesen memandu sehingga keputusan dibuat. Sebutan semula kes dijadualkan pada 14 Julai 2025.
Beliau berkata, siasatan lanjut mengenai nahas tersebut masih dijalankan dan setakat ini seramai 28 individu telah dirakam percakapan.
Pada Jumaat, tertuduh, Mohd Amirul Fadhil Zulkifli, 39, yang beralamat di Pengkalan Nyireh, Terengganu, mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bapa kepada tiga anak itu, sebagai pemandu bas jenis Hino, didakwa telah memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar UPSI di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli pada jam 1.15 pagi, 9 Jun 2025.
Tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cara berbahaya kepada orang awam pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan membenarkan jaminan sebanyak RM19,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh tidak mengganggu mana-mana mangsa dan saksi serta semua kelas lesen memandu digantung bermula hari pertuduhan sehingga keputusan dibuat oleh mahkamah.
Sebutan semula kes dan lantikan peguam ditetapkan pada 14 Julai depan. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami