awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan cetus pergaduhan, penghantar makanan ditahan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/06/2021
03:45 MYT
Kemalangan cetus pergaduhan, penghantar makanan ditahan
Pemandu lori berkenaan difahamkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian hari ini. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki penghantar makanan dipercayai terlibat dengan kejadian pergaduhan di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kejadian berlaku selepas seorang penunggang motosikal penghantar makanan terbabit kemalangan dengan sebuah lori.
"Tular di media sosial sekumpulan lelaki penghantar makanan memukul seorang lagi lelaki disyaki pemandu lori ekoran kemalangan jalan raya.
"Cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian dan usaha untuk mengesan saki-baki suspek sedang giat dijalankan.
"Penunggan motosikal penghantar makanan mengalami kecederaan patah tangan akibat kemalangan dan kini dirawat di hospital," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Baharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pemandu lori berkenaan difahamkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian hari ini.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang.
"Semua pihak turut dinasihatkan agar tidak mengambil sebarang kesempatan di dalam isu ini bagi menjaga kesejahteraan awam khususnya masyarakat Shah Alam," ujarnya.
Topic Berkaitan
#shah alam
#kemalangan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#motosikal
#pergaduhan
#Setia Alam
#penghantar makanan
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan