Kemalangan di Turki: Waris keluarga digesa terus berhubung dengan pihak berkuasa

Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 17, 2019 13:15 MYT
Wisma Putra memaklumkan seorang rakyat Malaysia maut manakala 10 lagi cedera selepas bas membawa 35 rakyat malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Foto: Hamidah Asararuddin
Waris keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Turki digesa terus berhubung dengan mangsa dan pihak berkuasa.
Ia bagi memudahkan urusan perkongsian maklumat demi memastikan mangsa selamat, kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Arhan Syafrisyah Shah Anuar.
Jelasnya lagi, pihak kedutaan kini dalam usaha memastikan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu selamat.
"Rakyat Malaysia yang terselamat kini ditempatkan di sebuah hotel di bandar ini dengan bantuan Gabenor.
"Pihak kedutaan juga akan menziarahi seorang demi seorang mangsa untuk pastikan mereka selamat dan akan melaporkan keadaaan itu kepada waris mereka," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
BACA: PKNS sahkan kakitangan maut nahas bas Turki
Justeru, kedutaan memohon agar waris terus berhubung dengan mangsa dan pihak berkuasa seperti Wisma Putra dan PKNS sendiri.
BACA: Wisma Putra tunggu permintaan keluarga mangsa terkorban kemalangan di Turki
BACA: Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki
Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan seorang rakyat Malaysia maut manakala 10 lagi cedera selepas bas membawa 35 rakyat malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik akibat keadaan jalan yang licin.
#Arhan Syafrisyah Shah Anuar #Gabenor #jalan raya #kedutaan #kemalangan #PKNS #Turki #waris #Wisma Putra