awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ops Khas JISA untuk audit 500 syarikat pengendali syarikat bas, lori mulai Isnin ini - JPJ
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin

Bernama
Bernama
20/06/2025
16:30 MYT
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
Saifuddin menyampaikan ucapan semasa Majlis Serah Terima Tugas daripada bekas KPN Tan Sri Razarudin Husain kepada KPN baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di PULAPOL Kuala Lumpur. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani ancaman keganasan bukan sahaja diiktiraf di peringkat serantau, malah turut mendapat pengiktirafan daripada kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata ia dapat dilihat menerusi kepercayaan negara itu terhadap kepakaran PDRM dalam melaksanakan pemulihan kepada dua tahanan rakyat Malaysia yang sebelum ini ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba.
"Ini menunjukkan dalam kes ini, Cawangan Khas PDRM mempunyai kepakaran dan kelebihan yang mampu meyakinkan kuasa besar seperti AS.
"Ini bermakna kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam perkara menangani ancaman keganasan supaya tidak lagi mendatangkan bahaya dalam negara," katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa AS menyerahkan dua rakyat Malaysia untuk dibawa pulang pada Dis 2024 selepas ditahan di Kem Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas.
Kedua-dua mereka yang terlibat iaitu Mohammed Farik Amin, 49 dan Mohammed Nazir Lep, 48 dilaporkan sedang menjalani proses pemulihan komprehensif merangkumi perkhidmatan sokongan sosial, bantuan kebajikan serta saringan kesihatan sebelum kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Saifuddin berkata dalam situasi seperti itu, adalah penting untuk negara mempunyai KPN yang berwibawa seperti KPN ke-14 Tan Sri Razarudin Husain yang memainkan peranan penting dalam membawa dua individu itu kembali ke negara ini.
Beliau berkata kualiti yang ada pada Razarudin ialah ketenangannya dalam berhadapan dengan pelbagai pihak dari AS termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika menyelesaikan isu berkenaan.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata pelantikan KPN bukanlah anugerah tetapi beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh individu yang memegang jawatan itu.
Beliau berkata sebagai ketua kepada pasukan itu, KPN perlu bertanggungjawab bukan sahaja kepada negara tetapi kepada seluruh pasukan polis.
Terdahulu pada majlis itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai KPN ke-15 bagi menggantikan Razarudin berkuat kuasa hari ini.
Majlis Serah Terima Tugas itu disaksikan Saifuddin Nasution dan turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai kanan PDRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#FBI
#Bukit Aman
#kuasa besar dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami