Kemasukan murid 6 tahun: KPM jamin kapasiti sekolah, guru mencukupi - Fadhlina

Fadhlina memaklumkan KPM telah melaksanakan kajian terperinci melibatkan keupayaan guru bagi melaksanakan dasar berkenaan. - Gambar fail
ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa kapasiti sekolah, fasiliti sedia ada serta bilangan guru mencukupi bagi menampung perlaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memastikan kapasiti sekolah, fasiliti, dan bilangan guru mencukupi untuk kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu, dengan kajian terperinci dilaksanakan bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran terjamin.
- Perlaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu hanya berlaku di sekolah terpilih yang memiliki kemudahan terbaik, sambil memastikan data dan analisis tepat berkaitan jumlah murid untuk menyusun unjuran keperluan guru secara berkesan.
- Pendidikan khas ditekankan oleh KPM dengan pelajar mengikuti kurikulum yang sama, namun dengan penyesuaian tambahan bagi memastikan akses inklusif dan berkualiti, termasuk penambahan guru dan pembantu murid serta penambahbaikan kurikulum pendidikan khas.
Tambahnya, data dan analisis yang tepat berkaitan jumlah keseluruhan murid juga amat penting bagi membolehkan kementerian menyusun unjuran keperluan guru secara berkesan mengikut jumlah sebenar di sekolah terlibat.
"Saya juga (telah) terangkan tadi, kalau ada permintaan yang lebih dan kelas tidak mencukupi, kita sudah bersedia dengan kita punya persediaan untuk mendirikan kelas-kelas yang sifatnya saya sebut tadi secara sistem binaan berindustri (IBS), yang boleh siap dalam tempoh masa yang singkat.
"Kita sudah ada pengalaman itu (sebelum ini), untuk mengatasi (cabaran) sekolah padat (dengan pelajar), kita telah pun selesaikan (melibatkan) lebih 100 buah sekolah di seluruh negara melalui IBS ini, jadi selesai yang itu," katanya.
Fadhlina berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Program PAKAT Prasekolah peringkat negeri Kedah, di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, KPM turut menjadikan pendidikan khas sebagai fokus utama dan pelajar akan mengikuti kurikulum yang sama dengan pelajar lain, dengan penyesuaian tambahan melalui kurikulum pendidikan khas.
Ia adalah sebagai usaha untuk memastikan golongan berkenaan terus mendapat akses pendidikan yang inklusif dan berkualiti serta tidak tercicir daripada sistem pendidikan negara
"So target kita, kita dah kena selesaikan empat prsarana utama di kelas-kelas pendidikan khas ini... tambah guru dan tambah pembantu murid untuk support, kita lihat trend setiap tahun, 20 peratus meningkat kemasukan anak-anak pendidikan keperluan khas ni.
"Jadi, kita lihat ada keperluan yang sangat mendesak untuk kita membuat perluasan itu, sebab itu kurikulum pun tak ketinggalan untuk mereka ini, kurikulum baharu pun mereka akan ikut dan dengan tambahan ikut kurikulum pendidikan khas," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


