KUALA LUMPUR: Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus pada Sesi Akademik I 2023/2024, demikian menurut Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Mohd Zahari Ismail berkata statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sesi sebelum ini iaitu 22,634 pelajar.
"Ia merupakan satu lonjakan yang agak besar dan sesuatu di luar jangkaan kita. Saya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK atas usaha berterusan mereka untuk meningkatkan enrolmen pelajar di politeknik dan kolej komuniti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata daripada 36 politeknik seluruh negara, 10 daripadanya turut berjaya mencatatkan penerimaan kemasukan pelajar baharu yang cemerlang apabila melebihi 100 peratus, manakala 24 daripada 105 kolej komuniti pula menerima kemasukan pelajar yang amat memberangsangkan.
Antara bidang pengajian yang mendapat permintaan tinggi di politeknik dan kolej komuniti ialah kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal (automotif), kejuruteraan awam, seni bina, teknologi makanan, teknologi maklumat (teknologi digital), teknologi kreatif, seni kulinari, bidang perdagangan dan bidang pelancongan dan hospitaliti.
"Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 Sept depan dengan menyasarkan seramai 32,000 orang pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Mohd Zahari Ismail berkata statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini. - FB Ketua Pengarah JPPKK
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Permohonan program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka sehingga 10 Mei
Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.
KPT kaji wujudkan politeknik AI pertama negara - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi akan melakukan kajian bagi mewujudkan politeknik khusus untuk program kecerdasan buatan (AI) pertama di negara ini.
Lebih 60 peratus kurikulum politeknik, kolej komuniti fokus bidang TVET
Lebih 60 peratus kurikulum pembelajaran dan pengajaran di politeknik serta kolej komuniti seluruh negara akan memfokuskan kepada TVET.
RM15 juta diperlukan untuk agenda pendigitalan di politeknik tahun depan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah membuat permohonan kepada KPT bagi mendapatkan peruntukan itu.
Kemasukan pelajar ke politeknik, kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus
Setakat 25 Ogos menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini.
KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET), di seluruh politeknik di Malaysia.
Peruntukan RM1.1 bilion untuk projek pembangunan universiti awam di Johor
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntukkan RM1.1 bilion menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi 21 projek berkaitan pembangunan universiti awam di Johor.
Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus
Secara umumnya kira-kira 100,000 pelajar diterima setiap tahun bagi kedua-dua institusi pengajian itu, namun tahun ini jumlahnya merosot.
JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian
JPPKK sentiasa mengambil usaha proaktif bagi menambah baik bidang pengajian yang ditawarkan supaya program itu kekal relevan serta responsif dalam memenuhi kehendak pasaran semasa.