KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.
Beliau berkata kerajaan sentiasa peka mengenai situasi semasa COVID-19 dalam negara, namun ketika ini, masih tiada keperluan untuk mengenakan sekatan, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) atau kawalan khas terhadap pelancong China.
"Saya mohon rakyat jangan keterlaluan. Sekarang kita bukan cakap soal tidak boleh (masuk ke dalam negara) ataupun kita mahu (kenakan) kawalan khas ke atas pelancong China, saya rasa ini tidak adil. Kita perlu ingat, jika kita lihat kes COVID-19 di China itu begitu tinggi iaitu 10.9 juta kes, kita perlu lihat pula pada Amerika Syarikat yang sudah 99 juta (kes).
"Jadi, jika mahu ambil tindakan, sepatutnya terhadap Amerika Syarikat. Kadar kematiannya juga sudah cecah 1.08 juta tetapi China kadarnya baru 36,000. Jadi perbandingan dari segi kadar kematian ini sangat rendah (bagi China). Walaupun begitu, kerajaan masih mengawal keselamatan negara, kita pantau (keadaan semasa)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau meminta rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan diri di samping menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya apabila sektor pelancongan negara kini sudah mula kembali rancak.
Dalam pada itu, Tiong berkata kementeriannya mempunyai perancangan berbentuk pemasaran digital dan pendekatan secara konvensional bagi mempromosikan sektor pelancongan negara ke peringkat antarabangsa.
Beliau berkata usaha itu akan turut melibatkan agensi pelancongan tempatan bagi membantu menarik lebih ramai pelancong asing ke dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada sidang media ketika hadir pada Sambutan Pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling hari ini. - Foto BERNAMA

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Sabah sambut penerbangan terus dari China pertama sejak pandemik
Menurut Lembaga Pelancongan Sabah (STB), pesawat AirAsia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 5.30 pagi tadi.

MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.

COVID-19: Rakyat Malaysia jangan emosi, terima pelancong China dengan hati terbuka
Uzaidi memberitahu situasi pelancongan kini banyak berubah berbanding semasa fasa prapandemik dahulu.

COVID-19: Pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak lupakan pelanduk - Khutbah Jumaat
Jemaah diingatkan, COVID-19 masih berlegar dalam kehidupan seharian dan terus menular, malah sentiasa menjelmakan varian baharu.

Kemasukan pelancong China: Usah beri reaksi keterlaluan - Tiong King Sing
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.

COVID-19: Tiada jangkitan daripada lebih 7,000 pelancong China- Dr Zaliha
Keputusan diperoleh hasil pemeriksaan KKM ke atas pengembara yang tiba dari China sejak 8 hingga 10 Januari lalu.

Pegawai fasih Mandarin dihantar ke lapangan terbang bantu pelancong China - MOTAC
MOTAC akan menempatkan pegawai-pegawainya yang fasih berbahasa Mandarin di semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara.

Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.

COVID-19: Pelancong China ke New Zealand tidak perlu tunjuk keputusan negatif
Kerajaan New Zealand memaklumkan pelancong dari China tidak perlu menunjukkan keputusan negatif ujian COVID-19 sejurus kemasukan ke negara itu.

COVID-19: Tiada diskriminasi ke atas negara China - Anwar
Kerajaan tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.