Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengesa rakyat Malaysia yang terkesan akibat kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19 dan sedang mencari pekerjaan baru untuk mendaftar mengikuti kursus digital dan kemahiran data secara dalam talian.
Ketua Pegawai Pemasaran MDEC Raymond Siva berkata, MDEC dengan kerjasama bersama platform pembelajaran dalam talian global, Coursera menerusi Jom Belajar Digital di bawah inisiatif #mydigitalworkforce menawarkan sejumlah 3,800 kursus termasuk Sijil Latihan Profesional melalui permohonan sehingga 31 Dis tahun ini.
"Terdapat 3,800 kursus yang diajar oleh univesiti utama dunia dan pengajar industri yang meliputi kemahiran digital kritikal yang diperlukan pasaran kerja masa kini.
"Inisiatif ini termasuklah sijil profesional yang direka khas untuk mereka yang terlatih untuk pekerjaan yang amat diperlukan di bawah normal baru," katanya dalam temuramah bersama Bernama TV menerusi Skype untuk penerbitan dokumentari bertajuk Malaysia Bersatu vs COVID-19.
Dokumentari itu akan disiarkan pada 9 malam 23 Mei, meliputi pendemik COVID-19 di Malaysia dan usaha orang ramai dan kerajaan dalam mengekangnya.
Raymond berkata, antara kursus yang ditawarkan termasuklah Automasi IT Google dengan Python, Pengaturcaraan SAS, dan Pengenalan Intel ke Pembelajaran Dalaman, selain laluan kerjaya yang boleh dicapai oleh pelajar seperti analisa data, arkitek cloud dan pembangun perisian.
Beliau menjelaskan MDEC yang memfokuskan tiga teras utama iaitu meningkatkan kemahiran digital rakyat, mendigitalkan perniagaan dan menarik pelaburan digital merupakan satu progam yang baik untuk rakyat Malaysia belajar kemahiran baru dan bersedia untuk bekerja dalam ekonomi digital sewaktu pemulihan pandemik COVID-19.
Pendaftaran untuk kempen Jom Belajar Digital boleh dilakukan di www.mdec.my/letslearndigital.
Sementara itu, Raymond berkata, MDEC berjaya mengutip RM30,000 sebagai sokongan menghasilkan dan menghantar peralatan perubatan dan bekalan kepada barisan hadapan yang telah bekerja keras dalam mendatarkan lengkungan dan mengurangkan jangkitan COVID-19.
MDEC bekerjasama rapat dengan Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan platform korporat menerusi 'Crowdfunding' untuk mengutip dana.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 20 2020
Terdapat 3,800 kursus yang diajar oleh univesiti utama dunia dan pengajar industri yang meliputi kemahiran digital kritikal yang diperlukan pasaran kerja masa kini. - Gambar hiasan
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
AWANI Borneo [29/04/2024] – Perkukuh sektor perhutanan | Calon ADUN Tanjung Batu | Piala Borneo bakal kembali
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB
Program itu ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan
Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.
PEDi berusaha bantu usahawan desa beralih ke platform digital
PEDi merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjangkau para usahawan di peringkat akar umbi.
FAMA perkasa penuntut IPT dalam bidang usahawan menerusi program NBME
Misi melahirkan usahawan muda termasuk dalam kalangan mahasiswa dengan fokus kepada aktiviti pemasaran dalam talian dan platform digital.
Rangka tindakan HGHV industri berasaskan teknologi dan digital akan dilancar Feb 2024 - Rafizi
Rangka tindakan sektoral untuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia.
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion - MDEC
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion, hampir dua kali ganda melebihi sasaran di bawah inisiatif Pelan Tindakan Digital Malaysia (MyDigital).
Thailand, Bank Dunia kukuh kerjasama dalam transformasi air, EEC dan digital
Thailand komited untuk mengembangkan kerjasama dengan institusi kewangan antarabangsa itu supaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Semua urusan perkhidmatan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025
Rospiagos berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang 2025.
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.