awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Baby Adam tiada unsur jenayah - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2022
04:00 MYT
Kematian Baby Adam tiada unsur jenayah - Polis
Pada Selasa, Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat satu laporan polis di Balai Polis Setiawangsa, meminta polis membuka semula siasatan membabitkan kematian Adam. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020, tiada sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, bedah siasat telah dibuat dan punca kematian sudah disahkan oleh doktor.
"Kita sudah dapat laporan bedah siasat dan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa, namun begitu kita akan menjalankan siasatan menyeluruh agar dakwaan ini dapat dijelaskan kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Ashari memaklumkan, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Pada Selasa, media melaporkan penelitian polis terhadap laporan bedah siasat ke atas Adam yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunjukkan sebab sebenar kematiannya disebabkan pneumonia (radang paru-paru).
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, semakan pihaknya turut mendapati satu laporan dibuat oleh pemilik Rumah Bonda berhubung kematian Adam.
Pada Selasa, Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat satu laporan polis di Balai Polis Setiawangsa di sini, meminta polis membuka semula siasatan membabitkan kematian Adam.
Ketuanya, Bibi Sunita S Khan, dilaporkan berkata, kematian Baby Adam pada 3 Mei 2020 didakwa ada kaitan dengan isu penderaan di pusat perlindungan Rumah Bonda di Taman Setapak di sini.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim
#rumah bonda
#Baby Adam
#radang paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan